Tempat Menarik Di PERAK

Takkan anda tak tahu pasal tempat menarik di Perak?

Perak Darul Ridzuan adalah negeri yang terletak di bahagian barat semenanjung.

Sejarah negeri Perak popular dengan perlombongan timah dan getah. (Wikipedia)

Namun tidak lagi, hanya tinggal sejarah.

Tapi yang bestnya hasil dari sejarah itu, banyak tempat yang boleh dilawati dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama seisi keluarga jika berkunjung ke negeri Perak.

Artikel ini akan menceritakan kepada anda tempat menarik di Perak.

Jika anda lebih suka lihat video berbanding baca artikel panjang, anda boleh rujuk di video tempat menarik di Perak 2019 di youtube:

Hmmm sedapnya kopi..

Perak juga tidak asing lagi dengan 'white coffee' yang menjadi kegilaan penggemar kopi.

Kalau anda ingin terokai apa yang ada di Perak, anda boleh jadikan artikel ini sebagai rujukan asas.

Anda juga boleh rujuk laman rasmi http://www.tourismperakmalaysia.com/ untuk lihat apa acara terbaru yang ada di negeri Perak ini.

Negeri Perak ialah negeri yang terletak di barat laut semenanjung Malaysia.

Ibu negerinya ialah Ipoh yang terkenal dengan bangunan tinggalan Koloni British termasuk sebuah stesyen keretapi lama.

Di negeri ini terdapat Tokong Sam Poh Tong yang terletak di dalam gua yang penuh dengan lukisan pada dinding gua.

Manakala, pekan Gopeng ialah tempat untuk aktiviti mengharungi jeram sungai di Sungai Kampar.

Di pesisir pantai barat pula, ada Pulau Pangkor yang punyai banyak rumah peranginan, bukit-bukau, hutan hujan tropika dan juga tinggalan kubu lama Belanda dari kurun ke-17.

Anda pasti tahu negeri Pahang adalah negeri terbesar di semenanjung Malaysia, namun anda mesti tak perasan yang sebenarnya negeri Perak adalah negeri kedua terbesar selepasa negeri Pahang di semenanjung Malaysia.

Negeri Perak terdiri daripada 12 daerah yang secara keseluruhannya membentuk negeri Perak seperti yagn terdapat pada hari ini.

Daerah di perak termasuk:

  1. Daerah Kinta

  2. Daerah Larut, Matang dan Selama

  3. Daerah Manjung

  4. Daerah Hilir Perak

  5. Daerah Kerian

  6. Daerah Batang Padang

  7. Daerah Kuala Kangsar

  8. Daerah Perak Tengah

  9. Daerah Hulu Perak

  10. Daerah Kampar

  11. Daerah Muallim

  12. Daerah Bagan Datuk

 

Tempat Menarik Di Perak:

1. Taiping Lake Gardens

2. Royal Belum State Park

3. Pangkor Island

4. Taman Rekreasi Gunung Lang

5. Victoria Bridge

6. Menara Condong Teluk Intan

7. Masjid Ubudiah

8. Ipoh Railway Station

9. Ipoh World at Han Chin Pet Soo

10. Lost World Of Tambun

11. Kek Lok Tong Cave Temple and Zen Gardens

12. Kellie's Castle

13. Perak Cave Temple

14. Gua Tempurung

 

1. Taiping Lake Gardens

Inilah suasana pagi hari dengan pelawat yang sedang berjoging dan berbasikal di bawah rimbunan pokok-pokok merimbun di sekitar Taiping Lake Gardens menjadikan ia salah satu tempat menarik di Perak.

(Gambar oleh: Mohd Rizal)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Jika anda berada berhampiran Taping, anda di galakkan untuk singgah ke tasik ini.

Anda boleh menikmati ketenangan and keindahan panorama yang ada di kawasan ini.

Terdapat banyak pokok-pokok rimbun, tasik yang luas, dan ruang pejalan kaki dan berbasikal untuk anda melakukan aktiviti riadah bersama ahli keluarga.

Kawasan ini di kelilingi pemandangan bukit-bukau saujana mata memandang.

Jika anda datang pada waktu awal pagi, anda pasti dapat menikmati udara segar, dan menyegarkan jiwa anda.

Aktiviti pagi di sini biasanya ada pelawat yang melakukan senaman Tai Chi, berjogging, dan juga berbasikal.

Tempat ini juga menjadi pilhan warga tempatan untuk bersanti di waktu petang.

Jangan terkejut jika anda lihat ramai orang yang mengambil gambar perkahwinan mereka di sini di musim cuti sekolah kerana suasana dan lokasinya yang strategik dan cantik untuk di abadikan sebagai kenangan terindah.

Ia terletak di Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Negeri Perak.
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Taiping Lake Gardens (Google Maps)

 

2. Royal Belum State Park

Sebuah bot yang penuh dengan penumpang sedang melalui kawasan air yang ada banyak batang-batang pokok yang sudah mati di Royal Belum State Park.

(Gambar oleh: Mohamad Amirul Syafiq)

Royal Belum State Park adalah taman hutan yang di uruskan oleh kerajaan negeri Perak, bukan kerajaan Persekutuan Malaysia.

Taman ini sangat luas yang terletak di dalam kawasan Kompleks Hutan Belum-Temengor yang lebih besar yang mana di kongsi bersama negara Thailand.

Bersama-sama Taman Negara Malaysia, hutan ini ialah salah satu hutan hujan tropika yang tertua di dunia yang berumur lebih kurang 130 juta tahun.

Terdapat 14 spesis haiwan terancam di dunia yang masih hidup bebas di kawasan habitat asalnya di sini.

Antaranya ialah harimau malaya, ungka bertangan putih, gajah asia, beruang malaya, badak sumbu sumatra, tapir malaya.

Di dalam kawasan taman hutan ini pula terdapat Tasik Temenggor, iaitu tasik ke-2 terbesar di semenanjung selepas Tasik Kenyir.

Tasik ini sama seperti Tasik Kenyir kerana ia bukan wujud secara semulajadi tetapi di buat hasil daripada projek empangan.

Tasik ini adalah rumah kepada pelbagai spesis ikan air tawar yang termasuk Kelah, Toman, Sebarau, Tenggalan, dan Baung.

Ini menjadikan ia destinasi yang menarik untuk pemancing tegar.

Oleh kerana tasik ini adalah buatan manusia, maka ia punyai beberapa pulau yang sebenarnya adalah puncak bukit yang telah di tenggelami air selepas projek empangan siap sepenuhnya.

Terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini lebih-lebih lagi di sekitar Tasik Temenggor.

Oleh sebab itu, anda akan menaiki bot untuk ke sekitar kawasan ini.

Antara aktiviti menarik yagn boleh di lakukan ialah berjalan di beberapa trek hutan, dan juga aktiviti menaiki bot di sekitar tasik.

Selain itu, terdapat juga beberapa kawasan air terjun yang cantik seperti air terjun Pulau Tujuh.

Anda juga boleh nikmati penorama indah di Pulau Talikail, empangan Temenggor, Batu Puteh.

Aktiviti mencari bunga rafflesia juga boleh di lakukan di sini ataupun lawati perkampungan Orang Asli dan ke lokasi tumpuan haiwan liar.

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Royal Belum State Park (Google Maps)

 

3. Pangkor Island

Di salah satu jeti di Pulau Pangkor ini terdapat beberapa bot nelayan yang berlabuh untuk berehat.

(Gambar oleh: Osi Tih)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Pangkor Island atau lebih di kenali sebagai Pulau Pangkor terletak tidak jauh dari pesisir pantai negeri Perak.

Ia terkenal dengan pantai-pantai indah seperti Teluk Nipah, Coral Bay, dan Pasir Giam.

Di sini juga terletak kubu lama Belanda yang di bina sekitar tahun 1670.

Pulau ini menjadi lokasi strategik untuk koloni Belanda sewaktu itu.

Terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini seperti snorkeling, memancing, melawat pulau-pulau kecil, membeli-belah untuk cenderamata, atau membeli-belah makanan laut kering dan juga melawat kawasan bersejarah.

Pulau ini hanyalah lebih kurang 3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.

Anda boleh menaiki bot dari jeti Lumut, dan dari situ masa yang di perlukan untuk sampai ke pulau adalah lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki bot laju.

Pulau Pangkor adalah sebuah pulau komersial yang agak kecil namun mempunyai suasana yang sangat santai sesuai untuk anda menenangkan fikiran.

Anda boleh juga menyewa motor untuk bersiar-siar keliling pulau.

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Pangkor Island (Google Maps)

 

4. Taman Rekreasi Gunung Lang

Dibawah papan tanda Taman Rekreasi Gunung Lang ini terdapat air terjun buatan yang agak tinggi dan menjadi salah satu tempat menarik di Perak untuk di lawati dengan santai-santai.

(Gambar oleh: Seok Bee Lim)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Kawasan rekreasi ini sesuai untuk anda sekadar bersantai-santai jika anda punyai masa lebih bila berada di Perak.

Terdapat parking yang cukup, kawasan permainan untuk kanak-kanak.

Di sini juga terdapat air terjun buatan manusia yang tinggi.

Ia juga terdapat tasik yang di kelilingi kehijauan alam.

Dengan hanya RM3 untuk dewasa, dan RM1.50 untuk kanak-kanak, anda boleh naiki perjalanan pendek selama lebih kurang 10 minit ke seberang tasik untuk ke kawasan rekreasi.

Di situ, anda boleh naik ke menara pengawal, melihat sedikit haiwan di dalam sangkar dan berjalan-jalan melihat kawasan sekitar.

Namun, anda boleh jangkakan kesesakan di musim cuti sekolah.

Waktu lawatan yang sesuai ialah seawal jam 8.30 pagi sehingga jam 6 petang pada setiap hari.
Ia terletak di Jalan Damai, 30100 Ipoh, Negeri Perak.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: http://www.mbi.gov.my/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Taman Rekreasi Gunung Lang (Google Maps)

 

5. Victoria Bridge

Dari sudut ini anda boleh lihat gambaran penuh bentuk landasan keretapi di Victoria Bridge yang mempunyai nilai sejarah tersendiri bila anda lawati tempat menarik di Perak.

(Gambar oleh: Lee Kong Yew)

Jambatan lama ini di bina sebagai landasan keretapi yang merentasi Sungai Perak sebagai laluan Kuala Kangsar – Ipoh.

Ia adalah yang tertua di negara ini yang di bina untuk berkhidmat kepada industri melombong bijih timah tempatan di waktu itu.

Jambatan ini berusia lebih kurang 118 tahun yang di bina semasa era penjajahan British.

Jadi anda boleh lihat reka bentuk dan struktur lama yang masih kekal yang menarik sehingga hari ini.

Sekarang jambatan ini sudah tidak menjadi laluan keretapi, namun masih di gunakan untuk laluan penduduk di sini untuk merentasi sungai.

Lokasi ini sesuai untuk anda ambil gambar jadikan kenangan kerana suasana yang aman dan pemandangan matahari terbenam yang agak baik.

Namun anda di nasihatkan untuk berhati-hati kerana ini adalah jambatan lama, dan punyai lubang-lubang yang agak besar.

Jadi ia agak berbahaya labih-lebih lagi untuk kanak-kanak.

Waktu lawatan yang sesuai ialah bila-bila masa jika cuaca baik untuk anada lihat dengan jelas kawasan ini.
Ia terletak di Kampung Kapor, 31050 Enggor, Perak.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: Victoria Bridge (Facebook)
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Victoria Bridge (Google Maps)

 

6. Menara Condong Teluk Intan

Beginilah pemandangan yang cantik waktu malam di penuhi dengan lampu berwarna-warni yang boleh anda lihat di Menara Condong Teluk Intan.

(Gambar oleh: Kano Ky)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Teluk Intan memang terkenal dengan menara condong ini yang mana ia juga di bandingkan dengan menara condong Pisa yang terkenal di Itali.

Teluk Intan di kenali dengan nama Teluk Anson pada zaman dulu.

Menara ini di bina pada tahun 1885 oleh kontraktor Leong.

Menara ini berkonsepkan Pagoda seperti yang anda boleh lihat pada bentuknya.

Ia mempuyai 3 tingkat dan terletak betul-betul di tengah-tengah pekan Teluk Intam.

Menara ini condong sedikit, tetapi tidaklah membahayakan.

Ia setinggi 25 meter iaitu separuh sahaja dari ketinggian menara condong Pisa di Itali.

Menara ini pada asalnya dalah sebuah tangki air.

Bangunan ini dan menara jamnya yang di import dari London menjadi simbol tarikan di Teluk Intan.

Apa yang bagusnya tentang salah satu tempat menarik di Perak ini ialah ia terletak di kawasan terbuka, dan anda boleh masuk ke dalam menara ini dengan percuma tanpa bayaran.

Menara ini di pelihara dengan baik, dan anda selamat untuk menaiki tangga kayu sehingga ke tingkat atas.

Setelah di atas anda boleh lihat keseluruhan kawasan pekan Teluk Intan.

Jika anda berada berhampiran kawasan ini, anda sangat di galakkan untuk luangkan masa sebentar untuk melihat degan lebih dekat menara jam yang unik ini.

Di mana lagi anda nak cari menara condong sebegini?

Pilihan yang anda ada hanya 2 tempat di dunia.

Iaitu Menara Condong Pisa di Itali.

Atau Menara Condong Teluk Intan di negeri Perak Malaysia.

Pemandangan di menara ini juga agak menarik pada waktu malam kerana ia di hiasi dengan lampu berwarna-warni.

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini jika anda sempat.

Waktu lawatan yang sesuai jika anda mahu masuk ke dalam menara ialah seawal jam 8 pagi sehingga jam 5 petang setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad kerana waktunya berbeza sedikit iaitu buka pada jam 9 pagi sehingga jam 6 petang. 
Ia terletak di Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak.
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Menara Condong Teluk Intan (Google Maps)

 

7. Masjid Ubudiah

Ini adalah gambaran keseluruhan Masjid Ubudiah dari udara.

(Gambar oleh: Mohd Ammar)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Masjid yang gah ini berdiri gagah di Bandar Di Raja Kuala Kangsar, Perak.

Ia adalah salah satu masjid yang tercantik di Malaysia kerana kubah dan menaranya yang berwarna emas, mencipta satu pemandangan yang magikal dari pandangan dekat dan juga dari pandangan jauh.

Ia di bina oleh seorang arkitek kerajaan British sewaktu zaman penjajahan British, iaitu Arthur Benison Hubback.

Beliau juga bertanggungjawab me-reka bentuk bangunan seperti Stesyen Keretapi Ipoh, dan juga Stesyen Keretapi Kuala Lumpur.

Pembinaan masjid ini adalah arahan dari Sultan Perak ke-28 di waktu itu, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar Teja.

Baginda mendapat ilham untuk bina masjid ini sebagai tanda bersyukur kerana sembuh daripada penyakit yang melanda baginda sebelum itu.

Baginda berazam untuk membina masjid yang sangat cantik.

Ia mula di bina pada tahun 1913 dan siap pada tahun 1917.

Masjid ini mempunyai pengaruh unsur seni bina Indo-Saracenic Revival iaitu seni reka bentuk yang banyak di gunakan pada bangunan British di India.

Struktur seni bina masjid ini sudah tentu bercampur juga dengan unsur Islam.

Pembinaan masjid ini bukanlah berjalan dengan lancar sepenuhnya tanpa ada ujian dan cabaran.

Salah satu perkara yang telah berlaku ialah, dua gajah yang di miliki Sultan dan Raja Chulan telah berbalah dan telah memijak dan merosakkan lantai mar-mar yang di import dari Itali.

Masjid ini akhirnya siap dalam masa lebih kurang 5 tahun dengan menelan belanja RM200,000.

Nilai itu nampak sedikit pada masa sekarang, tetapi ia adalah nilai yang sangat tinggi di waktu itu.

Ia lebih kurang nilai RM5 juta pada hari ini.

Kerana sejarah dan sini bina yang indah pada masjid ini, ia menjadi simbol kemegahan untuk orang Islam di negeri Perak.

Ia terletak di Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar, Negeri Perak.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: Kuala Kangsar Municipal Council
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Masjid Ubudiah (Google Maps)

 

8. Ipoh Railway Station

Beginilah suasana malam di yang di limpahi cahaya di Ipoh Railway Station.

(Gambar oleh: Edward Cjm)

Salah satu tempat menarik di Perak ini ialah stesyen keretapi lama yang di bina pada zaman penjajahan Koloni British.

Tempat ini masih di kekalkan pada reka bentuk asalnya pada bahagian luaran bangunan, namun pada bahagian dalaman bangunan, ia sudah di bersihkan dan di ubah suai menjadi lebih moden.

Bangunan ini adalah sebahagian dari koleksi bangunan-bangunan yang bersejarah di bandar lama Ipoh.

Kawasan ini sangat cantik jika anda mahu mengambil gambar di malam hari kerana terdapat pencahayaan yang sesuai di sekelilingnya.

Yang menariknya, stesyen keretapi ini masih di gunakan seperti biasa sehingga ke hari ini.

Namun ia tetap menjadi lokasi yang best untuk di lihat kerana seni bina yang klasik bersesuaian dengan latar belakang suasana yang cantik.

Pastinya cantik untuk di upload di Instagram.

Ia juga di kenali sebagai Taj Mahal di Ipoh oleh penduduk tempatan di sini kerana bentuk bangunannya yang unik.

Selain perkhidmatan keretapi penumpang dan keretapi kargo yang masih beroperasi, stesyen ini juga menempatkan sebuah hotel yang bernama Majestic Hotel.

Jika anda menaiki keretapi KTM atau ETS dari mana-mana stesyen di Malaysia dan ke Ipoh, tempat inilah lokasi pertama yang anda akan jejaki kerana ia adalah stesyen utama di kawasan bandar lama Ipoh ini.
Ia terletak di Stesen KTM Ipoh, 30000 Ipoh, Perak.
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Ipoh Railway Station (Google Maps)

Untuk senarai 8 sehingga 14:

9. Ipoh World at Han Chin Pet Soo

10. Lost World Of Tambun

11. Kek Lok Tong Cave Temple and Zen Gardens

12. Kellie's Castle

13. Perak Cave Temple

14. Gua Tempurung

Anda di persilakan untuk melihat artikel khas untuk anda lawat di Ipoh di sini: Tempat Menarik Di IPOH.

(Bacaan menarik selanjutnya di sini : Nak dapat tiket kapal terbang PERCUMA? Gunakan BigPay)