Tempat Menarik Di IPOH

Mali-mali tengok apa yang ada di tempat menarik di Ipoh..

Siapa tak kenal Ipoh White Coffee kan?

Lagi-lagi untuk orang yang suka kopi.

Ipoh adalah ibu negeri Perak dan juga pusat pentadbiran. (Wikipedia)

Ipoh mempunyai status bandaraya sejak tahun 1988 lagi.

Salah satu sebab Ipoh jadi pilihan destinasi pelancong di semenanjung Malaysia ialah lokasinya yang tengah-tengah antara Kuala Lumpur dan juga Pulau Pinang.

Artikel panjang ini akan tunjukkan anda tempat menarik di Ipoh.

Namun, jika anda lebih suka lihat video, anda boleh lihat video tempat menarik di Ipoh 2019 di youtube ini:

 

Kenapa nak singgah Ipoh?

Ia semakin mudah untuk dilawati sejak mula khidmat tren laju ETS.

Anda boleh lakukan food hunting, melihat bangunan yang punyai nilai sejarah, dan juga lakukan aktiviti lasak di Ipoh.

Selain itu, lebih mudah untuk ke Cameron Highlands, jika anda ingin rasai cuaca yang lebih sejuk, atau suasana nyaman di tanah tinggi.

Ipoh menjanjikan aktiviti pelancongan yang santai-santai sesuai untuk anda dan ahli keluarga di hujung minggu.

Ipoh ialah bandar di kawasan barat laut di Malaysia, yang lebih di kenali sebagai pintu masuk ke Cameron Highlands.

Di tempat yang pernah menjadi Kelab Pelombong Hakka, Muzium Han Chin Pet Soo mengajar anda tentang sejarah pelombongan bijih timah dan sejarah komuniti Hakka.

Tokong terkenal Sam Poh Tong ialah tokong Buddha yang unik kerana lokasinya di dalam gua batu kapur.

Di selatan Ipoh, sebuah tinggalan istana yang dinamakan Kellie's Castle ialah tempat di mana sebuah istana yang tidak sempat siap sepenuhnya yang di bina oleh seorang petani yang berasal dari Scotland.

Di tenggara Ipoh pula terletak Gua Tempurung yang sangat luas yang mempunyai batu yang terbentuk dengan bentuk yang menakjubkan.

Sejak kebelakangan ini, Ipoh menjadi semakin popular dengan pelancong kerana kerajaan tempatan berusaha dan berjaya mengekalkan bangunan-bangunan lama yang di bina sejak zaman penjajahan British.

Bandar ini juga terkenal dengan sajian unik dan tarikan alam semulajadi seperti bukit batu kapur dan gua-gua.

Selain itu, Ipoh telah berjaya untuk mengekalkan reputasinya sebagai salah satu bandar yang paling bersih di Malaysia.

Senarai ini jauh dari sempurna, kerana banyak tarikan yang bertambah saban hari.

Namun, pastinya akan di kemas kini dari masa ke masa akan datang.

Untuk sekarang, di harapkan dapat membantu anda untuk buat keputusan kemana patut anda pergi, atau kemana tempat yang anda rasa tidak berminat untuk pergi di Ipoh ini.

 

Tempat Menarik Di Ipoh:

1. Ipoh World at Han Chin Pet Soo

2. Lost World Of Tambun

3. Kek Lok Tong Cave Temple and Zen Gardens

4. Perak Cave Temple

5. Kellie's Castle

6. Tempurung Cave

 

1. Ipoh World at Han Chin Pet Soo

Di satu sudut di Ipoh World at Han Chin Pet Soo ini terdapat replika peralatan untuk melombong bijih timah yang digunakan pada zaman dulu.

(Gambar oleh: YJ Koh)

Ipoh World (Dunia Ipoh) ialah berkonsepkan sumber pengetahuan untuk semua.

Ia adalah organisasi yang di tubuhkan pada tahun 2004 untuk promosikan kesedaran dan penghargaan terhadap negeri Perak Darul Ridzuan.

Perak di beri julukan nama berdasarkan logam berharga; perak, kerana keunikannya, kepelbagaian dan kaya dengan warisan.

Usaha ini lebih fokuskan kawasan Ipoh dan Lembah Kinta.

Pada tahun 2006, organisasi ini menjalankan pameran umum yang pertama dengan kerjasama Muzium Darul Ridzuan.

Ia di beri nama “Cerita Tentang Ipoh: Dari Bertatih Sehingga Terbang Tinggi”.

Sejak dari itu, organisasi ini telah mendapat sumbangan dan dapat melakukan beberapa lagi pemeran.

Dalam masa yang sama, terus mencari sumbangan kewangan untuk meneruskan pameran dengan lebih konsisten pada masa akan datang.

Usaha ini bertujuan mengekalkan galeri warisan Ipoh yang hidup dan menarik untuk meningkatkan pengetahuan umum mengenai sejarah tempat ini.

Selain itu ia bertujuan untuk meningkatkan kadar kedatangan pelancong ke negeri ini.

Projek terbaru ini, adalah pameran kekal yang pertama yang bertaraf muzium dan mempunyai kualiti yang tinggi yang juga merupakan langkah pertama ke arah mencapai objektif mengadakan pameran kekal.

Tempahan awal untuk melawat di perlukan kerana tempat ini punyai ruang dalam bangunan yang terhad .

Anda boleh tempah di laman rasmi dengan mudah, dan anda akan dapat pengesahan tempahan serta merta.

Jika anda berbangsa Cina di Malaysia, anda lebih di galakkan untuk lawati tempat ini kerana anda pasti dapat faham dengan lebih mendalam tentang sejarah suku kaum Hakka.

Namun, sangat di alukan anda rakyat Malaysia tidak kira suku kaum apa sekali pun untuk lawati tempat menarik di Ipoh ini untuk lebih faham latar belakang dan menghayati sejarah awal yang menyumbang kepada perkembangan negara kita Malaysia hari ini.

Waktu lawatan yang sesuai ialah bermula seawal jam 9.30 pagi sehingga jam 3.30 petang setiap hari kecuali hari Isnin (tutup).

Ia terletak di 3, Jalan Bijeh Timah, 30100 Ipoh, Negeri Perak.

Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: http://www.ipohworld.org/reservation/

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat? 

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Ipoh World at Han Chin Pet Soo (Google Maps)

 

2. Lost World Of Tambun

Terdapat lampu cantik berwarna warni di lokasi Lost World Hot Springs & Night Park sebagai salah satu taman di Lost World Of Tambun yang menjadi tarikan untuk tempat menarik di Ipoh.

(Gambar oleh: Chin Hong Cheok)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Sunway Lost World Of Tambun adalah tempat untuk anda bersuka ria, rasai keterujaan pengembaraan bersama ahli keluarga di Ipoh, Perak.

Taman tema permainan ini terletak di bandar bersejarah Ipoh, di tengah-tengah bahagian utara dan selatan di negeri Perak.

Ia di bina di kawasan alam semujadi di Ipoh di mana ia di kelilingi bukit batu kapur yang pasti menakjubkan anda.

Anda boleh rasai pelbagai pengalaman menarik disini samada pengalaman berbentuk masa kualiti bersama pasangan dan anak-anak atau menikmati pengembaraan di alam semujadi.

Di sini terdapat 9 taman utama:

  1. Lost World Amusement Park

  2. Lost World Hot Springs & Night Park

  3. Lost World Tiger Valley

  4. Lost World Petting Zoo

  5. Lost World Tin Valley

  6. Lost World Adventure Park

  7. Hippo Kingdom

  8. Luminous Forest

Jangan lepaskan peluang untuk cuba semua tamna-taman yang ada bersama kawan-kawan, ahli keluarga atau pasangan anda.

Anda di sarankan untuk ambil lebih dari 1 hari untuk teroka tempat ini jika anda mahu teroka dengan tenang dan santai tanpa bergegas ke satu tempat dan satu tempat yang lian, lebih-lebih lagi di musim cuti kerana pastinya tempat ini penuh dengan pelawat yang lain.

Rancang masa anda dengan baik, dan anda pasti boleh nikmati percutian dengan lebih puas hati.

Waktu lawatan yang sesuai ialah bermula jam 11 pagi sehingga jam 6 petang kecuali hari Selasa (tutup).

Ia juga di buka lebih awal pada hari Sabtu dan Ahad bermula seawal jam 10 pagi sehingga jam 6 petang.

Ia terletak di 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Negeri Perak.

Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://sunwaylostworldoftambun.com/

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat? 

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Lost World Of Tambun (Google Maps)

 

3. Kek Lok Tong Cave Temple and Zen Gardens

Beginilah suasana yang unik di Kek Lok Tong Cave Temple and Zen Gardens dengan ruang dalaman yang berlantaikan batu mar-mar yang sejuk.

(Gambar oleh: Lim Siang Huang)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Tokong Kek Lok Tong berada di dalam gua batu kapur yang luas.

Selain patung-patung keemasan, anda juga boleh lihat dengan lebih jelas bentuk dan rupa di dalam gua yang menakjubkan.

Pastinya ada bentukan stalaktit dan stalagmit yang unik membuatkan anda rasa berada di dunia magikal.

Tokong gua batu kapur ini seluas 12 ekar dan di penuhi dengan patung ukiran Buddha.

Di bahagian luar anad akan jumpa taman yang indah dan cantik termasuk juga ruang berjalan refleksologi.

Anda boleh lihat pemandangan sekeliling yang unik dan cantik.

Di dalamnya pencahayaan yang lembut dan tidak terlalu terang namun sesuai untuk anda lihat lebih dekat bentuk gua batu kapur yang sangat unik untuk anda perhatikan buat pertama kali jika anda belum pernah meneroka gua batu kapur sebelum ini.

Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula seawal 7 pagi sehingga jam 5.30 petang.

Ia terletak di Pesiaran Sepakat 3, TMN ENDAH JAYA, 31350 Ipoh, Negeri Perak.

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Kek Lok Tong Cave Temple and Zen Gardens (Google Maps)

 

4. Perak Cave Temple

Kelihatan di satu sudut ada lukisan dan tulisan pada dinding gua di Perak Cave Temple dan juga anak tangga yang menghubungkan ke bahagian gua yang lain.

(Gambar oleh: Chao Yu Chen)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Ini adalah salah satu tokong Buddha yang terletak di dalam gua batu kapur di Perak.

Anda boleh mendapatkan pemandangan keseluruhan bandar Ipoh, namun anda perlu melangkah anak tangga yang banyak untuk sampai ke puncak.

Jika anda tidak larat untuk memanjat tangga yang tinggi, jangan risau, anda juga boleh hayati keunikan lukisan dan cat warna warni di dinding gua di sebelah dalam.

Walaupun tempat ini terletak di dalam gua, namun udara dan suasana di dalam ini adalah sejuk umpama di dalam kawasan berhawa dingin.

Ini adalah di sebabkan pengudaraan semulajadi dari lubang-lubang gua yang wujud di sini.

Ia terletak di Jalan Kuala Kangsar, Kawasan Perindustrian Tasek, 31400 Ipoh, Negeri Perak.

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Perak Cave Temple (Google Maps)

 

5. Kellie's Castle

Disini boleh lihat dengan jelas bahagian bangunan yang tidak sempat di siapkan di Kellie's Castle menjadikannya destinasi tempat menarik di Ipoh untuk di lawati.

(Gambar oleh: Wai Fatt Lee)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Tempat ini di gambarkan sebagai tempat menarik di Ipoh oleh sebahagian pelawat kerana daya tarikan unik, sejarah and cerita asal usulnya yang tersendiri dan penuh misteri.

Ada juga orang mengatakan tempat ini berhantu.

Sejarah asalnya, tempat ini di bina oleh petani yang berasal dari Scotland yang bernama William Kellie-Smith.

Niat asal beliau untuk bina tempat ini ialah untuk isterinya, dan ada juga yang mengatakan untuk anak lelakinya.

Beliau membawa datang 70 orang tukang yang digelar Tamilvanan terus daripada Madras di negara India.

Malah semua batu bata dan baru mar-mar di bawa masuk ke Malaysia daripada negara India.

Pelan asal beliau adalah untuk bina menara 6 tingkat dan buat sistem lif yang pertama di Malaysia.

Selain itu beliau juga bercadang untuk bina gelanggang tenis di dalam bangunan dan kawasan halaman di atas bumbung sebagai hiburan.

Istana ini di selubungi dengan banyak misteri.

Terdapat 3 terowong rahsia bawah tanah yang di temui and di percayai bahawa masih ada banyak lagi terowong yang masih tersorok.

Di situ juga di percayai ada bilik rahsia dan tangga di bawah tanah.

Anda boleh lihat bagaimana rupanya rumah orang kaya pada zaman kurun ke-19.

Di sini memang cantik jika anda mahu mengambil gambar dan upload di Instagram.

Tetapi anda perlu menaiki banyak anak tangga.

Di nasihatkan datang awal pagi sebelum cuaca menjadi lebih panas dan lebih sesak dengan pengunjung yang lain.

Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula seawal jam 9 pagi sehingga jam 5.30 petang kecuali pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, ia di tutup agak lewat sedikit iaitu pada jam 6 petang.

Ia terletak di 31000 Batu Gajah, Perak.

Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: Tourism Malaysia

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Kellie's Castle (Google Maps)

 

6. Tempurung Cave

Jika anda perhatikan betul-betul, anda dapat lihat ratusan anak tangga untuk naik turun di Tempurung Cave yang sangat luas ini.

(Gambar oleh: Piper Goh)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Gua Tempurung pastinya menjadi tempat yang menarik di Ipoh lebih-lebih lagi jika anda sukakan cabaran dan suka mencari pengalaman yang baru dan unik.

Di sini anda boleh pilih 4 tahap kesukaran untuk meneroka gua ini.

Tahap 1 adalah paling mudah, dan tahap 4 adalah paling susah dan mencabar dan tidak di galakkan untuk kanak-kanak dan orang yang tidak punyai tahap kesihatan yang baik.

Pada tahap yang paling mudah, anda boleh teroka sebahagian gua ini tanpa basahkan pakaian anda.

Namun pada tahap lain, anda mesti pakai pakaian yang sesuai dan siap sedia untuk basah kerana di dalam gua ini mengalir beberapa anak sungai.

Anda akan mendaki, memanjat, menunduk, menyelit, dan mengharung air jika anda pilih untuk meneroka gua ini pada tahap yang sukar.

Jika anda bersama keluarga dan punyai anak yang berumur bawah 12 tahun, anda di galakkan untuk ambil trip kering.

Ada 2 peringkat untuk trip kering, dan anda akan berjalan di atas platform besi yang di sediakan.

Peringkat 1 akan bawa anda sehingga ke platform ke 3 dan peringkat 2 akan bawa anda sehingga platform ke 5.

Untuk peringkat 1, anda perlukan lebih kurang 40 minit untuk perjalanan pergi dan balik.

Manakala untuk peringkat 2 pula, anda perlukan lebih kurang 1 jam 10 minit untuk perjalanan pergi dan balik.

Namun jika anda mudah penat atau suka menghayati dengan lebih mendalam bentukan batu-batu di dalam gua ini, mungkin anda perlukan masa yang lebih banyak.

Aktiviti meneroka gua ini sangatlah menarik dan mencabar, jadi anda seeloknya tahu kemampuan stamina diri sendiri jika ingin menikmati kawasan ini dengan baik.

Perjalanan ke sini adalah lebih kurang 30 minit dari bandar Ipoh.

Jadi ia sangat dekat untuk anda pergi alang-alang anda sudah berada di Ipoh.

Rugi jika anda tidak mengambil peluang untuk alami pengalaman unik meneroka gua di sini.

Ia juga satu tempat menarik untuk anak-anak anda membuat aktiviti luar sambil belajar dan menghayati suasana gua batu kapur.

Dan sebagai peringatan, jika anda menggunakan pengangkutan awam (teksi/grab), anda di nasihatkan untuk rancang lebih awal perjalanan pergi dan balik untuk mengelakkan kesulitan dalam perjalanan balik anda nanti.

Ia terletak di Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Negeri Perak.

Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: http://www.gtoc.asia/

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Tempurung Cave (Google Maps)

 

Jadi berbaloi atau tidak untuk anda singgah ke Ipoh?

Anda boleh fikirkan sendiri mengikut masa, bajet, dan semestinya minat anda.

Senarai di sini tidaklah sempurna, namun akan di kemas kini dari masa ke masa pada akan datang.

Yang penting anda rancang perjalanan dengan baik, jika anda tidak sanggup hadapi perkara yang tidak di jangka semasa bercuti!

Kalau anda jenis sukakan cabaran, redah aje, apa salahnya kan?

(Bacaan menarik selanjutnya di sini : Nak dapat tiket kapal terbang PERCUMA? Gunakan BigPay)