Tempat Menarik Di TERENGGANU
Na na na ganu kitee di tempat menarik di Terengganu..
Kalau anda dah lama sangat hidup di bandar, anda patut ke pulau-pulau atau tasik yang ada di Terengganu.
Negeri Terengganu Darul Iman memang kaya dengan pantai dan pulau yang cantik-cantik.
Negeri Terengganu terletak di pantai timur semenanjung Malaysia.
Negeri yang unik ini terletak antara negeri Kelantan dan Pahang. (Wikipedia)
Artikel ini akan tunjukkan anda tempat menarik di Terengganu, namun jika anda kesuntukan masa anda boleh lihat video tempat menarik di Terengganu 2019 di youtube:
Ada apa dengan pantai timur?
Istimewanya pantai timur ini pesisir pantainya lebih cantik dan kualiti air lebih baik berbanding di pantai barat kerana pantai disini ialah Laut China Selatan.
Laut China Selatan lebih luas berbanding Selat Melaka yang menjadi laluan utama kapal-kapal dari seluruh dunia dan pastinya menyumbang kepada pencemaran air laut di kawasan tersebut.
Banyak tempat menarik di Terengganu yang boleh anda lawati dan terokai bersama ahli keluarga sewaktu cuti.
Antaranya pulau-pulau, pantai-pantai, dan juga tasik.
Jangan lupa lawat dan lihat budaya dan adat tersendiri warga negeri Terengganu. (Wikitravel)
Mee rebus, nasi dagang, keropok lekor fresh... hmmm sedapnya!
Tempat Menarik Di Terengganu:
1. Masjid Kristal
2. Pulau Redang
3. Pasar Payang
4. Taman Tamadun Islam
5. Pulau Perhentian
6. Tasik Kenyir
7. Pulau Kapas
1. Masjid Kristal
(Gambar oleh: Kalai Peariasamy)
Masjid Kristal terletak di Pulau Wan Man, Terengganu, Malaysia.
Binaan hebat ini di buat daripada besi, kaca, dan kristal.
Lokasinya di dalam Taman Warisan Islam.
Masjid ini di bina antara tahun 2006 hingga tahun 2008.
Ia di rasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong yang ke 13, Sultan Mizan Zainal Abidin Sultan Terengganu ketika itu.
Masjid ini boleh menampung 1500 jemaah pada satu-satu masa.
Masjid ini menjadi tarikan pelancong kerana seni binanya yang unik.
Di waktu siang, ia akan bersinar-sinar memantulkan cahaya mahahari.
Manakala di waktu malam pula, ia di hiasi lampu berwarna-warni yang menyerlahkan lagi keindahan masjid ini.
Ia juga di bina di atas pelantar di tepi sungai dan kelihatan seolah-olah terapung apabila air pasang.
Ia terletak di Pulau Wan Man, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Masjid Kristal (Google Maps)
2. Pulau Redang
(Gambar oleh: Michelle Yap)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Pulau Redang ialah salah satu pulau peranginan yang menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke tempat menarik di Terengganu.
Ia terletak di Daerah Kuala Nerus.
Ia juga adalah salah satu pulau yang terbesar di pesisir pantai timur semenanjung Malaysia.
Pulau ini terkenal dengan air laut yang jernih dan pantai berpasir putih bersih.
Ia sebenarnya adalah salah satu pulau dari gugusan 9 buah pulau di kawasan ini yang membentuk Taman Laut yang menawarkan peluang untuk aktiviti snorkeling dan menyelam kepada pelancong.
Kepualauan Redang merangkumi Pulau Redang, Pulau Lima, Pulau Paku Besar, Pulau Paku Kecil, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Kerengga Besar, Pulau Ekor Tebu, Pulau Ling, dan Pulau Pinang.
Pulau Redang adalah pulau yang terbesar di antara pulau-pulau lain di Taman Laut ini dengan keluasan 7 kilometer panjang, dan 6 kilomoter lebar.
Puncak bukit tertinggi di pulau ini ialah di Bukit Besar pada ketinggian 359 meter dari aras permukaan laut.
Pulau ini memainkan peranan penting dalam usaha pelihara penyu.
Sebelum ini, terdapat kegiatan pengambilan dan penjualan telur penyu yang berleluasa yang menyebabkan semakin sedikit penyu yang pulang bertelur di sarangnya di pulau ini saban hari.
Jadi untuk atasi masalah ini, kerajaan negeri Terengganu telah mengambil langkah proaktif untuk menubuhkan Koperasi Setiajaya Pulau Redangpada tahun 1989.
Misi penubuhan koperasi ini ialah untuk membangunkan dan menguruskan program sosial dan ekonomi yang boleh menambah baik kehidupan penduduk tempatan di Pulau Redang tanpa menjejaskan sumber alam semulajadi di pulau ini.
Berlawanan dengan jirannya iaitu Pulau Perhentian, Pulau Redang mempunyai imej yang lebih komersial kerana hampir semua kemudahan penginapan di atas pulau ini ialah resort.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://www.malaysia.travel/en/us/places/states-of-malaysia/terengganu/pulau-redang
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Pulau Redang (Google Maps)
3. Pasar Payang
(Gambar oleh: Hanis Hamidi)
Pasar Payang memang terkenal dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara sejak sekian lama.
Sebut sahaja Pasar Payang, akan terbayang pelbagai pilihan barangan dan makanan harian mahupun tradisional yang murah-murah.
Terkini, Pasar Payang akan di pindahkan ke lokasi baru yang bagaimanapun dekat sahaja dengan lokasi asal.
Lokasi baru ini di bina untuk beri lebih keselesaan dan kemudahan kepada pengunjung mahupun peniaga dan di harapkan dapat menjadikan Pasar Payang lebih hebat seperti di zaman kegemilangannya dahulu.
Ini bukanlah kali pertama tempat ini di tambah baik, malah sudah beberapa kali sebelum ini.
Pasar Payang yang asal bermula pada tahun 1950-an lagi.
Dan bangunan yang digunakan kini dibina sejak tahun 1968 di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu dan pinggir Sungai Terengganu.
Sewaktu itu tempat ini di rasmikan oleh Sultan Terengganu ke-16 iaitu Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang dalam masa yang sama adalah Yang di-Pertuan Agong keempat pada waktu itu.
Yang menariknya, nama asal Pasar Payang aadlah sempena perahu payang iaitu sejenis perahu yang sering di gunakan nelayan pada peringkat awal aktiviti jual beli di kawasan itu.
Bangunan yang ada sekarang akan dirobohkan, namun sejak sekian lama ia menjual pelbagai barangan seperti kain batik dan songket Terengganu di tingkat atas.
Manakala di tingkat bawah, terdapat gerai menjual barangan basah, rempah ratus dan ada juga barang kemas.
Anda juga boleh perhatikan kegiatan harian penduduk tempatan di sini kerana mereka juga datang membeli belah keperluan harian di sini, bukan sahaja sebagai tarikan pelancong.
Harap-harap anda ada duit lebih dan ruang kenderaan yang kosong untuk bawa balik banyak hasil membeli belah di sini!
Ia terletak di 20, Tingkat Atas Pasar Besar, Kedai Payang, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Pasar Payang 2 (Google Maps)
4. Taman Tamadun Islam
(Gambar oleh: Sham JekMan)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Jika anda betul-betul berminat dengan seni bina Islam di seluruh dunia, anda mungkin perlu luangkan masa separuh hari atau sehari suntuk di tempat menarik di Terengganu ini.
Taman Tamadun Islam menempatkan 23 replika masjid dan bangunan yang popular di seluruh dunia.
3 daripada replika masjid di sini punyai persembahan video di dalam ruang teater berhawa dingin.
Terdapat juga artifak yang interaktif untuk anda faham dengan lebih mendalam berkaitan seni yang di pamerkan di sini.
Lokasi taman ini terletak berhampiran tebing sungai.
Ia adalah lokasi tarikan pelancong yang lengkap dengan masjid, tempat untuk makan dan minum, jeti untuk naik bot feri di sungai.
Di kawasan yang khas, terdapat pelbagai replika seperti Taj Mahal, Masjid Sultan Suleiman, Baitulmuqqadis dan sebagainya.
Di Taman Tamadun Islam, anda boleh bersiar-siar di kawasan ini dengan menyewa dan menaiki basikal atau kereta mini yang muat untuk 4 hingga 6 orang.
Di taman ini juga terletak Masjid Kristal yang popular yang kini menjadi ikon untuk tempat menarik di Terengganu.
Ia terletak di Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://www.tti.com.my/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Taman Tamadun Islam (Google Maps)
5. Pulau Perhentian
(Gambar oleh: Pankaj Malpotra)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Sebut sahaja Pulau Perhentian, pasti ramai yang tahu lokasinya di negeri Terengganu.
Pulau ini popular bukan sahaja kerana airnya yang jernih dan pantainya yang cantik, tetapi kerana tidak kira sedalam mana poket anda, anda pasti boleh menjejaki dan menikmati pulau yang cantik ini.
Ia terdiri kepada 2 pulau utama iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar, juga terdapat beberapa pulau kecil yang tidak berpenghuni.
Di seluruh Pulau Perhentian ini terdapat pelbagai jenis penginapan yang di wujud tidak kira berapa bajet anda.
Malah anda juga boleh menginap di dalam khemah di tempat yang di sediakan.
Penduduk asal pulau ini tinggal di kampung yagn terletak di Pulau Perhentian Kecil, di mana terdapat sekolah rendah, dan juga masjid yang moden.
Kebanyakan pemandu bot dan pemandu pelancong adalah penduduk asal di pulau ini.
Mereka bertutur dalam dialek Kelantan kerana lokasi pulau ini terletak di daerah Besut yang bersempadan dengan negeri Kelantan.
Namun, kebanyakan dari mereka fasih berbahasa Inggeris kerana biasa berurusan dengan pelancong dari luar negara seperti Jepun, Eropah, dan China.
Nama asal Pulau Perhentian adalah kerana ia adalah lokasi hentian kepada nelayan atau peniaga di antara Bangkok dan Malaysia.
Kegiatan ekonomi asal pulau ini ialah menangkap ikan sejak sekian lama, namun sekarang kebanyakan dari penduduk asal pulau bekerja dan berniaga di dalam sektor pelancongan.
Walaupun terdapat banyak titik lokasi untuk snorkeling dan menyelam, anda sebenarnya boleh menikmati keindahan hidupan dalam air di gigi pantai di hadapan tempat penginapan yang anda duduk.
Jika anda bernasib baik, anda boleh terserempak dengan anak ikan yu yang berenang-renang di air cetek.
Namun, anda perlu merancang perjalanan anda jika mahu melawat salah satu tempat menarik di Terengganu ini.
Ini kerana, pulau ini tidak di buka sepanjang tahun untuk pelancong.
Ia hanya di buka di musim panas, kerana pada musim tengkujuh, ombak besar dan ribut sangat berbahaya untuk bot-bot kecil keluar dan masuk ke pulau ini.
Malah sebenanrnya, jika cuaca redup, atau laut bereglora, anda tidak dapat menikmati sepenuhnya aktiviti snorkeling atau menyelam, kerana kadar penglihatan di dalam laut adalah rendah, dan air menjadi keruh.
Pada hari yang terang, anda pasti dapat berjumpa ikan ‘nemo’, penyu yang berenang meragut rumpai air di dasar laut, dan juga batu karang hidup yang ada pelbagai bentuk dan warna.
Perlu di ingatkan, adalah normal jika harga makanan dan minuman yang agak mahal di atas pulau-pulau sebegini.
Ini di sebabkan kebanyakan bahan mentah dan siap yang perlu di bawa masuk ke pulau menggunakan bot dari tanah darat yang kebanyakannya dari Jeti Kuala Besut yang terdekat.
Namun, jika anda memang bekerja dan tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, bagi anda harganya mungkin normal atau sama sahaja seperti di bandar.
Selain aktiviti berenang, snorkeling, dan menyelam, anda juga boleh lakukan aktiviti mendaki bukit dan meneroka seluruh pulau dengan berjalan kaki melalui trek-trek hutan yang ada.
Malah anda boleh ke sesetengah titik-titik lokasi yang cantik untuk snorkeling dengan berjalan kaki tanpa menaiki bot jika anda punyai stamina yang baik dan masa yang banyak.
Awas, di Pulau Perhentian tidak di benarkan untuk memancing ikan.
Ini kerana Pulau Perhentian di wartakan sebagai Taman Laut untuk melindungi hidupan laut seperti pelbagai spesis ikan, penyu, dan batu karang.
Lawatan 3 hari 2 malam mungkin tidak cukup.
Namun jika itu sahaja masa yang anda ada, apa salahnya datang cuba dulu, kerana anda pasti tidak puas dan berazam untuk kembali lagi menikmati keindahan dan ketenangan di Pulau Perhentian.
Waktu lawatan yang sesuai ialah ialah pada musim selain tengkujuh iaitu biasanya bermula April hingga September.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://www.malaysia.travel/en/ay/places/states-of-malaysia/terengganu/pulau-perhentian
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Pulau Perhentian (Google Maps)
6. Tasik Kenyir
(Gambar oleh: Vish Vesh)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Tasik Kenyir ialah tasik buatan terbesar di Asia Tenggara yang terletak di daerah Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Ia di lakukan dengan membuat empangan di Sungai Kenyir.
Tasik ini sangat besar sehinggakan menggelamkan kawasan seluas 260,000 hektar.
Ia bersempadan dengan negeri Kelantan di bahagian barat, dan bersempadan dengan negeri Pahang pada sebelah selatan.
Tasik Kenyir membekalkan air untuk Stesyen Jana Kuasa Sultan Mahmud.
Selain fungsinya sebagai empangan, ia juga berfungsi sebagai kawasan eko-pelancongan yang popular dan juga sebagai salah satu pintu masuk ke Taman Negara.
Tasik ini punyai keluasan permukaan 260 kilometer persegi dan terdapat sejumlah 340 pulau-pulau kecil yang pada asalnya adalah puncak bukit yang di tenggelami air.
Terdapat juga 14 air terjun dan beberapa sungai dan anak sungai.
Sudah tentu ia juga adalah habitat kepada pelbagai spesis hidupan liar di atas darat dan juga di dalam air.
Memandangkan Tasik Kenyir adalah sebuah empangan, maka ketinggian air boleh berubah-ubah bergantung kepada cuaca dan bulan.
Paras air adalah pada tahap tertinggi pada bulan Mac dan April.
Dan itu adalah juga waktu yang paling sesuai untuk lawatan, kerana ia juga adalah waktu yang paling cantik.
Anda boleh melakukan aktiviti memancing, trekking hutan, mandi air terjun, dan teroka gua-gua di sekitar Tasik Kenyir yang sangat luas ini.
Selain itu anda boleh lakukan aktiviti kayak, menaiki bot, mendayung sampan, dan mengharungi jeram.
Mengikut penduduk tempatan, waktu yang sesuai untuk memancing ialah pada bulan Ogos iaitu pada musim air empangan pada paras rendah.
Jangan lupa lawati Pusat Santuari Ikan Kelah di sini sebagai salah satu agenda bila pergi ke tempat menarik di Terengganu.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://www.ketengah.gov.my/tasik-kenyir/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Tasik Kenyir (Google Maps)
7. Pulau Kapas
(Gambar oleh: Nur Hidayah Jamaludin)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Pulau ini ialah salah satu pulau yang menjadi destinasi popular untuk pelancong dari dalam dan luar negara untuk aktiviti yang melibatkan snorkeling dan menyelam.
Ia adalah pulau yang agak kecil berbanding Pulau Perhentian atau Pulau Redang.
Pulau ini berkeluasan lebih kurang 2.5 kilometer panjang dan 1.5 kilometer lebar.
Pulau ini juga punyai versi yang lebih kecil iaitu Pulau Gemia yang terletak di utara pulau ini.
Lokasinya juga terletak tidak jauh dari pesisir pantai daerah Marang, iaitu sejauh 6 kilometer sahaja.
Jika anda menaiki bot laju, masa yang di perlukan hanya lebih kurang 20 minit untuk sampai jika permukaan laut tenang dan tidak bergelora.
Pulau Kapas adalah destinasi yang sesuai untuk anda bersantai-santai dan berehat di tepi laut, menikmati suasana matahari terbenam, dan bunyi ombak yang menenangkan.
Jika anda suka berenang, keluar dari bilik anda, sarungkan cermin mata renang dan terus terjun ke dalam laut untuk menghayati ikan-ikan yang berwarna-warni dan batu karang yang meliuk lentuk mengikut arus di dasar laut.
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Pulau Kapas (Google Maps)
(Bacaan menarik selanjutnya di sini : Nak dapat tiket kapal terbang PERCUMA? Gunakan BigPay)