Tempat Menarik Di SELANGOR

Jom lawati tempat menarik di Selangor!

Memang tidak sangka sebenarnya anda tak perlu pergi jauh untuk rasai pengalaman best.

Cukup sekadar lawati tempat menarik di Selangor sudah jadikan anda seorang yang banyak cerita dan pengalaman menarik yang boleh di ceritakan kepada orang lain.

Jika anda tidak punyai masa untuk baca artikel panjang, sila kan lihat video tempat menarik di Selangor 2019 di youtube di bawah:

 

Negeri Selangor Darul Ehsan!

Negeri yang didalamnya ada ibu negara Kuala Lumpur (artikel ini tak termasuk KL), merupakan negeri yang agak besar, dan pastinya banyak benda boleh buat, dan banyak lokasi boleh pergi.

Walaupun artikel kali ni agak panjang, tapi banyak lagi tempat menarik di selangor yang tak dapat disenaraikan, anda boleh tambah diruangan komen nanti ya ;)

Artikel ini terbahagi kepada 4 bahagian agar mudah untuk anda buat keputusan nak pergi kawasan mana yang best, tapi kalau nak melawat ke semua tempat ni pun apa salah nya kan?

Jika ada info rasmi yang ingin anda tahu, anda boleh lawati https://www.selangor.gov.my/.

Dan sudah semestinya jika anda mahu lihat event atau acara yang terbaru yang berlaku berkaitan pelancongan di Selangor, boleh lawati http://www.tourismselangor.my/.

Selangor ialah negeri di pantai barat semenanjung Malaysia, yang mengelilingi Kuala Lumpur.

Di ibu negeri Selangor, Shah Alam, terdapat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Ia punyai 4 menara yang tinggi, dan kubah biru yang sangat besar.

Di bahagian Timur Laut negeri ini, terletak gua batu kapur iaitu Batu Caves, yang menempatkan Kuil Hindu berhias.

Patung keemasan yang besar berdiri di pintu masuk tempat ini.

Di kawasan ini juga termasuk Gua Gelap yang melindungi beberapa spesies labah-labah dan kelawar yang jarang di temui.

Di bahagian Timur pula terletak Bukit Tabur.

Ia adalah rabung kuartza yang menawarkan peluang untuk aktiviti mendaki dan melihat pemandangan Kuala Lumpur dari atas.

Ke Utara dari sini terletak Muzium Orang Asli, yang fokus kepada sejarah dan budaya orang asal di Malaysia.

Di bahagian Barat Daya pula, di Petaling Jaya, Wat Chetawan ialah Tokong Siam Buddha yang berhias.

Di Selatan pula, berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lupur (KLIA), terletak Litar Antarabangsa Sepang, iaitu tempat acara perlumbaan seperti F1 dan MotoGP.

Taman Semulajadi Kuala Selangor yang teletak di pantai Utara pula ialah kawasan popular untuk aktiviti melihat burung liar.

 

Tempat Menarik Di Selangor:

BAHAGIAN 1 - Aktiviti Mencabar:
1. Bukit Tabur
2. District 21 IOI Putrajaya
3. Gunung Nuang
4. Paragliding Bukit Jugra
5. Skytrex Adventure Sungai Congkak

BAHAGIAN 2 - Alam Semulajadi:
1. Chiling Waterfalls
2. Kuala Selangor Fireflies (Kampung Kuantan)
3. Sky Mirror, Sasaran, Kuala Selangor
4. Sungai Congkak

BAHAGIAN 3 - Budaya, Seni, & Tempat Bersejarah:
1. Batu Caves
2. Bukit Melawati
3. Istana Alam Shah
4. Laman Seni 7
5. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Mosque

BAHAGIAN 4 - Mesra Kanak-Kanak:
1. Farm In The City
2. I-City
3. Sunway Lagoon
4. Zoo Negara

Baik mula-mula sekali..

BAHAGIAN 1 - Aktiviti Mencabar:

1. Bukit Tabur

Pemandangan matahari terbit di puncak Bukit Tabur ini pasti buat anda lebih bersemangat untuk lawati tempat menarik di Selangor

(Gambar oleh: Pigasos54)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Aktiviti ini adalah aktiviti mendaki yang sesuai untuk anda sukakan cabaran.

Pastikan anda pakai pakaian yang sesuai, dan bawa air minuman yang mencukupi.

Tempat ini punyai 4 trek yang boleh dilalui untuk sampai ke puncak iaiu, Trek Barat, Timur, Timur Jauh dan Ekstrim.

Dalam proses pendakian anda boleh nikmati pemandangan yang cantik dari hampir keseluruhan Kuala Lumpur walaupun belum sampai ke puncak.

Pendakian di sini akan ambil masa dari 1 jam setengah hingga 2 jam untuk sampai ke puncak bergantung kepada tahap stamina anda.

Waktu lawatan yang sesuai ialah di awal pagi.

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Bukit Tabur (Google Maps)

 

2. District 21

Kelihatan pelawat sedang perhatikan individu yang sedang memanjat di salah satu aktiviti halangan yang terdapat di District 21.

(Gambar oleh: KFRZ Entertainment)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Ini ialah tempat untuk anda lakukan aktiviti lasak bukan di kawasan luar atau di kawasan hutan seperti biasa, tetapi di dalam bangunan yang berhawa dingin.

Ia sebenarnya terletak di dalam kompleks beli belah IOI City Mall di Putrajaya.

Tempat ini bertemakan Taman Pengembaraan.

Ia sesuai untuk semua peringkat umur sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak minimum tinggi 90cm, asalkan anda teruja untuk hadapi halangan cabaran yang di sediakan di sini.

District 21 merangkumi 10 tarikan utama yang sesuai untuk aktiviti bersama kawan-kawan, keluarga, malah juga sesuai untuk aktiviti ‘team building’ untuk acara syarikat, lawatan sekolah secara berkumpulan dan juga acara sambutan hari jadi.

District 21 punyai 10 akticiti utama yang kebanyakannya tidak ada di mana-mana tempat di rantau Asia.

Aktiviti yang ada memerlukan anda memanjat, melompat, menggelongsor dan terbang.

Jika anda nak cuba sesuatu yang baru, pasti anda tidak akan kecewa dengan aktiviti di sini.

Waktu lawatan yang sesuai ialah jam 12 tengah hari sehingga 8 malam untuk hari Isnin hingga Jumaat.

Namun untuk hari Sabtu dan Ahad tempat ini di buka seawal jam 10 pagi hingga 8 malam.

Ia terletak di AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: District 21 (Facebook)

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: District 21 (Google Maps)

 

3. Gunung Nuang

Ini adalah pintu masuk ke trek untuk ke puncak Gunung Nuang.

(Gambar oleh: Kwanweng Leong)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Gunung Nuang sememangnya mencabar mental dan fizikal anda.

Ia bukan tempat untuk anda sekadar cuba-cuba.

Namun anda boleh cuba untuk mendaki hingga ke beberapa ‘point’ yang anda mampu dan nikmati keindahan dan kesegaran alam sekitar.

Dengan kadar sederhana anda mungkin perlukan 4 jam untuk sampai ke puncak yang setinggi 1498 meter, iaitu yang tertinggi di negeri Selangor.

Malah di sini menjadi tempat latihan atau cubaan untuk pendaki yang berhajat untuk menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah, iaitu gunung tertinggi di Malaysia.

Waktu lawatan yang sesuai ialah bermula awal pagi jika anda ingin mendaki dan turun sebelum gelap.

Ia terletak di Hulu Langat, Selangor.

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Gunung Nuang (Google Maps)

 

4. Paragliding Bukit Jugra

Kelihatan seorang paraglider sedang cuba untuk berlepas dari tebing di Bukit Jugra.

(Gambar oleh: Hasfariez Raszk)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Bukit Jugra ialah tempat bukit yang anda boleh lakukan aktiviti paragliding atau anda boleh datang dan lihat orang yang lain melakukan aktiviti ini.

Tempat ini menjadi tempat tarikan untuk orang yang suka berjogging dan mendaki bukit sebagai aktiviti sihat di hujung minggu bersama keluarga.

Tempat ini sangat mudah untuk sampai dengan kereta dan sedikit berjalan kaki.

Jadi jika anda suka menikmati pemandangan cantik, anda boleh datang ke sini dan lihat panorama matahari terbenam, dan kawasan Sungai Langat.

Oh ya di sini juga adalah kawasan yang menempatkan rumah api.

Ia terletak di Jugra, 42700 Banting, Selangor.

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Paragliding Bukit Jugra (Google Maps)

 

5. Skytrex Adventure Sungai Congkak

Ini ialah salah satu tangga tinggi yang perlu anda daki jika melakukan aktiviti halangan bertali.

(Gambar oleh: Haryani Ismail)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Sebelum ini Skytrex Adventure terletak di Shah Alam, namun sudah di tutup dan di gantikan di Sungai Congkak untuk lokasi di negeri Selangor.

Seperti namanya, Skytrex Adventure Sungai Congkak adalah tempat untuk anda yang gemar aktiviti lasak seperi flying fox, halangan bertali, dan meniti di tempat tinggi.

Sambil melakukan aktiviti lasak, anda boleh hayati kesegaran alam sekitar di sini dengan di kelilingi sungai dan air terjun.

Waktu lawatan yang sesuai ialah bermula jam 9 pagi hingga 5.30 petang.

Ia terletak di Batu 20, 1/2, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor.

Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: skytrex-adventure.com

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Skytrex Adventure Sungai Congkak (Google Maps)

 

BAHAGIAN 2 - Alam Semulajadi:

6. Chiling Waterfalls

Dari kejauhan kelihatan air terjun yang menjadi destinasi pelawat untuk mandi manda jika berkunjung ke sini yang menjadikannya salah satu tempat menarik di Selangor.

(Gambar oleh: Mharla Guevarra)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Air terjun ini terletak di dalam kawasan perlindungan ikan Sungai Chiling.

Kawasan ini terletak lebih kurang 1 jam setengah perjalanan dari Kuala Lumpur.

Tempat ini hanya di buka untuk umum pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 8 pagi sehingga 3 petang sahaja.

Trek untuk ke air terjun adalah trek yang mudah, malah boleh di lakukan oleh kanak-kanak berusia 6 tahun.

Apa yang menarik ialah anda perlu melalui kawasan berbatu, anak-anak sungai yang sejuk sebanyak 5 kali, yang paling dalam boleh mencecah paras pinggang orang dewasa.

Jadi siap sedia untuk basah.

Sila pakai pakaian yang bersesuaian, atau terus pakai pakaian mandi sebagai pakaian dalam.

Aliran air bukit yang jernih dan kolam takungan di kawasan air terjun penuh dengan ikan yang tidak takut kepada manusia.

Dan juga pemandangan air terjun setinggi 60 kaki sangat menakjubkan.

Anggaran masa yang di perlukan untuk mengharungi denai untuk sampai ke air terjun ialah lebih kurang 1 jam.

Dan anda boleh menjangka ramai orang yang melawat tempat ini kerana ianya sangat menarik.

Waktu lawatan yang sesuai ialah pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad bermula jam 8 pagi sehingga jam 6 petang.

Ia terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: Jabatan Perikanan Malaysia

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Chiling Waterfalls (Google Maps)

 

7. Kuala Selangor Fireflies (Kampung Kuantan)

Anda dapat perhatikan lampu kunang-kunang dengan lebih jelas dalam kegelapan malam.

(Gambar oleh: Jason Tan)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Kelip-kelip ku sangka api,

kalau api mana sumbunya?

Hilang ghaib kusangka mati,

kalau mati mana kuburnya?

Begitulah bidalan Melayu yang semakin jarang kita dengar di zaman sekarang.

Pernahkah anda melihat kelip-kelip?

Atau pernahkah anda melihat ribuan kelip-kelip?

Atau dengan nama lainnya kunang-kunang?

Jikalau anda biasa hidup di kampung pasti anda pernah lihat serangga ini.

Namun generasi yang hidup di bandar pasti tidak kenal serangga unik yang berkelip-kelip mengeluarkan cahaya di hujung badannya.

Terdapat pelbagai spesies kunang-kunang di atas muka bumi ini.

Antaranya mengeluarkan cahaya yang berbeza warna seperti warna kunig, hijau, dan ada juga berwarna merah pucat.

Serangga ini mengeluarkan cahaya yang bertujuan untuk menarik pasangan mengawan dan juga untuk menarik perhatian mangsa untuk di jadikan makanan.

Di kawasan ini anda perlu beli tiket dan akan di bawa menaiki bot untuk melihat dengan lebih dekat kawasan semak dan pokok yang tumbuh di gigi air yang mana menjadi tempat habitat spesies kunang-kunang ini.

Namun, suasana perlu menjadi betul-betul gelap untuk anda menikmati ibarat persembahan ribuan kawanan kunang-kunang ini.

Ia adalah satu pengalaman yang pasti tidak dapat anda lupakan.

Namun sebagai langkah berjaga-jaga, anda perlu bawa ubat nyamuk sapuan dan sebagainya kerana kawasan ini juga penuh dengan nyamuk.

Dan juga mungkin anda perlu beratur sehingga 1 jam sebelum anda dapat menaiki bot untuk melihat serangga ini kerana ramai pelawat yang datang secara berkumpulan.

Waktu lawatan yang sesuai ialah bermula 7.45 petang sehingga 10.30 malam.

Ia terletak di Jalan Club, Kampung Kuantan, 45000 Kuala Selangor, Selangor.

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Kuala Selangor Fireflies (Kampung Kuantan) (Google Maps)

 

8. Sky Mirror, Sasaran, Kuala Selangor

Cuaca cerah dan tenang membolehkan keluarga ini buat gambar kenangan yang cantik dan menarik.

(Gambar oleh: Eddie Malek)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Seperti namanya, kawasan ini akan buatkan gambar Instagram anda nampak hebat dan bakal menarik banyak likes dan comment.

Kalau di lihat pada gambar yang di ambil di kawasan ini, pastinya orang yang melihat akan meneka anda perlu ke luar negara untuk mengambil gambar yang sebegini cantik.

Ia ibarat anda ke tasik garam di Salar de Uyuni di Bolivia.

Tapi sebenarnya tempat ini ialah tebing pasir yang luas semasa air surut.

Ia boleh di temui selepas 30 minit perjalanan menaiki bot dari Jeti Pekan Lama, Kuala Selangor.

Lawatan hanya boleh di lakukan pada hari pertama dan hari ke-15 mengikut kelendar bulan, dan juga pada 4 hari sebelum and juga selepas tarikh tersebut sewaktu air surut dan tebing pasir itu kelihatan.

Jika anda ambil pakej bot, pastikan anda dapat bersama seorang jrugambar professional, kerana pastinya anda tidak mahu sekadar mengharap kamera fon anda.

Dengan kamera yang betul, pencahayaan dan sudut yang tepat, gambar anda pasti menjadi unik dan hebat.

Selain pemandangan dan lokasi yang menarik untuk bergambar, kawasan ini juga terdapat banyak haiwan laut yang berkeliaran di atas pasir apabila air surut.

Ia terletak di Jeti Pekan Lama, Jalan Sultan Mahmud, 45000 Kuala Selangor, Selangor.

Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: Sky Mirror (Facebook)

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Sky Mirror (Google Maps)

 

9. Sungai Congkak

Kelihatan salah satu jambatan merentasi sungai yang ada di sediakan untuk kemudahan pelawat di Sungai Congkak.

(Gambar oleh: Norick Sabaruddin)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Jika anda tinggal di sekitar Lembah Klang, anda mesti lawati tempat ini walaupun sekali.

Kawasan ini sangat sesuai untuk anda lawat sambil menenangkan fikiran, berehatkan minda dan mata setelah penat bekerja.

Jika anda ada anak-anak kecil, mereka pasti seronok bermain air dan melihat haiwan liar yang ada seperti ikan, tuntung, dan monyet yang bergayutan.

Tempat ini memang popular dan agak sesak di hujung minggu.

Namun, anda boleh elakkannya dengan datang awal, jadi anda boleh dapat tempat parking dengan mudah, dan juga dapat lokasi untuk anda berpiknik sebelum orang lain sampai.

Kawasan ini agak luas dan di jaga dengan rapi, malah fasiliti seperti tandas dan surau di sediakan di sepanjang kawasan perkelahan.

Waktu lawatan yang sesuai ialah seawal mungkin untuk elak kesesakan, kerana tempat ini di buka 24 jam kerana ada kawasan perkhemahan yang di sediakan.

Ia terletak di Hulu Langat, Selangor.

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Sungai Congkak (Google Maps)

 

BAHAGIAN 3 - Budaya, Seni, & Tempat Bersejarah:

10. Batu Caves

Dari sudut ini anda boleh lihat bangunan kuil yang berwarna warni di kawasan pintu masuk Kuil Batu Caves.

(Gambar oleh: Víctor Torán)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Di sini ialah tempat gua batu kapur semulajadi yang di dalamnya ada tempat ibadah panganut Hindu.

Apa yang menjadi mercu tanda untuk tempat ini ialah patung keemasan gergasi setinggi 140 kaki di pintu masuk tempat ini.

Dan juga tangga yang berwarna warni sebanyak 270 anak tangga.

Anda boleh menyaksikan pelbagai binaan dan dan warna warni di kawasan ini.

Namun, hati-hati dengan monyet yang boleh menyerang anda jika anda punyai makanan.

Dan juga hati-hati dengan tangga dan lantai yang mungkin licin.

Secara keseluruhannya, jika anda mahu alami perkara yang berbeza daripada biasa, dan juga ingin menghargai budaya yang berbeza, anda di galakkan melawat tempat ini.

Ia terletak di Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.

Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: Batu Caves Malaysia 

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Batu Caves (Google Maps)

 

11. Bukit Melawati

Kelihatan rumah api dan meriam lama tinggalan di Bukit Melawati.

(Gambar oleh: Embun Embun)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Lokasi ini boleh di lawati dengan perjalanan kereta lebih kurang 1 jam dari bandar Kuala Lumpur.

Ini adalah tempat asal habitat spesies monyet daun perak.

Anda tidak perlu risau untuk memberi makan atau berinteraksi dengan monyet spesies ini kerana mereka tidak agresif dan ramah.

Tempat ini sebenarnya punyai nilai sejarah kerana masih lagi terdapat kubu lama Belanda di puncak bukit.

Di puncak bukit ini, anda boleh menikmati panorama Selat Melaka dan juga rumah api.

Terdapat juga mini muzium berkaitan sejarah kawasan ini.

Tempat ini sangat sesuai untuk anda lawati sebagai salah satu trip pendek dan jimat di hujung minggu jika anda sudah bosan ke kompleks beli belah dan mahukan sesuatu yang segar.

Jangan lepaskan peluang untuk berselfie bersama monyet daun perak yang ramah mesra.

Pastinya anak-anak kecil teruja dengan haiwan yang ada di sini.

Ia terletak di Kuala Selangor, Selangor.

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Bukit Melawati (Google Maps)

 

12. Istana Alam Shah

Ini adalah sudut pandangan jauh yang dapat menunjukkan keseluruhan bangunan Istana Alam Shah dari luar.

(Gambar oleh: Wei Choco)

Istana Alam Shah ialah istana rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Walaupun tempat ini boleh di lawati oleh orang awam, namun anda perlu mohon kebenaran dengan surat rasmi bertulis.

Dan anda hanya boleh lawat dengan cara berkumpulan atau bersama organisasi anda.

Namun, jika anda berpeluang untuk lawati tempat ini, pastinya anda berpuas hati dengan pengalaman anda.

Melalui lawatan ini anda akan dapat lihat minat peribadi Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mendalam, lebih-lebih lagi pada motorsikal dan kereta.

Sudah tentu anda akan belajar dan faham dengan lebih mendalam tentang sejarah dan memoribilia Kesultanan Selangor.

Ia terletak di Jalan Istana, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor.

Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: Istana Alam Shah

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Istana Alam Shah (Google Maps)

 

13. Laman Seni 7

Ini adalah salah satu lorong yang penuh dengan mural di kawasan Laman Seni 7.

(Gambar oleh: Larry David)

Siapa tak suka kan tempat yang menarik untuk bergambar bukan?

Lebih-lebih lagi anda yang menghargai seni lukis mural di dinding.

Inilah tempat yang sesuai untuk anda ber-Instagram.

Lokasi ini sebenarnya adalah lorong-lorong tepi dan belakang di celahan rumah kedai di kawasan beli belah jenama pakaian yang popular di Malaysia ini.

Terdapat banyak mural dan seni yang agak menarik untuk anda lihat, dan menjentik kreativiti di dalam diri anda.

Sesudah bergambar, anda boleh terus pergi bershopping.

Waktu lawatan yang sesuai ialah bila-bila masa sahaja, atau anda boleh datang awal sebelum kedai di sekitar mula beroperasi untuk elakkan kesesakan.

Ia terletak di Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Laman Seni 7 (Google Maps)

 

14. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Mosque

Inilah suasana Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada waktu malam yang di hiasi dengan lampu terang.

(Gambar oleh: Ahmad Faizal)

Masjid ini adalah mercu tanda bagi Shah Alam.

Dengan empat menara yang tinggi, serta kubah biru perak yang besar, tempat ini menjadi tarikan pelancong samada dari dalam dan luar negara.

Lokasi ini terbuka untuk lawatan juga untuk orang yang bukan beragama Islam, dan anda akan di bekalkan dengan pakaian jubah yang sopan dan di beri petunjuk berkaitan budaya dan agama Islam.

Masjid ini punyai seni bina yang cantik dan menenangkan.

Seni bina masjid ini menggabungkan stail Melayu dan Moden.

Di sekeliling masjid ini ada Taman Kesenian Islam seluas 14 hektar.

Ia punyai 9 galeri yang mempamerkan perlbagai seni Islam seperti kaligrafi (seni khat), ukiran, seni lukis, dan juga seni bina.

Jadi jika anda orang Islam, anda sangat di galakkan untuk melawat jika anda ada berdekatan kawasan ini.

Ia adalah masjid terbesar di Malaysia, dan kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia.

Ia terletak di Persiaran Masjid St., Sekysen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: http://www.mssaas.gov.my/

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Sultan Salahuddin Abdul Aziz Mosque (Google Maps)

 

BAHAGIAN 4 - Mesra Kanak-Kanak:

15. Farm In The City

Seorang kanak-kanak perempuan sedang memberi makan kepada salah satu kura-kura gergasi yang tinggal di Farm In The City.

(Gambar oleh: Jimmy Lew)

Tempat ini berkonsepkan petting zoo, iaitu anda bebas memberi makan kepada haiwan-haiwan yang ada.

Jika anda ke zoo biasa, kebanyakan masa anda melihat haiwan yang hidup di dalam sangkar dari jauh.

Tetapi di sini anda akan masuk kedalam sangkar yang luas untuk setiap haiwan yang berbeza untuk melihat dengan lebih dekat.

Ia tidak menempatkan haiwan yang besar seperti harimau dan gajah.

Namun ia sangat seronok untuk anak-anak kecil yang sedang belajar mengenali jenis-jenis haiwan seperti burung, rusa, kura-kura gergasi, ikan, arnab, dan sebagainya.

Anda punyai peluang untuk sentuh dan beri makan haiwan di sini.

Terdapat lebih kurang 100 spesies haiwan eksotik dan haiwan ladang di sini.

Tempat ini agak unik kerana walaupun ia sangat hampir dengan kawasan bandar, tetapi bila anda masuk di dalamnya anda ibarat berada di kampung yang di kelilingi haiwan.

Tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti anda bersama anak-anak di hujung minggu.

Sambil berseronok anda dan keluarga boleh mengenali dan menghargai haiwan yang ada.

Waktu lawatan yang sesuai ialah jam 10 pagi sehingga 6 petang untuk hari Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat.

Manakala hari Sabtu dan Ahad tempat ini di buka seawal 9.30 pagi hingga jam 6 petang.

Namun ia di tutup pada hari Selasa.

Ia terletak di Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://www.farminthecity.my/

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Farm In The City (Google Maps)

 

16. I-City

Beginilah suasana di malam hari di sekitar I-City yang penuh dengan pokok-pokok dan landskap berlampu LED.

(Gambar oleh: Shaukath Ali)

Lokasi ini sesuai untuk anda dan keluarga jika anda suka kan lampu-lampu dan berjalan-jalan di waktu malam.

Kawasan ini di reka dengan landskap pokok-pokok dan bunga lampu LED.

Bukan setakat itu, anda boleh alami pengalaman musim sejuk di SnoWalk pada suhu 8 darjah celcius.

Selain itu, di sini ada juga permainan-permainan seperti yang ada di taman tema yang anda boleh cuba bersama ahli keluarga.

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: I-City (Google Maps)

 

17. Sunway Lagoon

Ini ialah salah satu gelongsor air untuk kanak-kanak di Sunway Lagoon.

(Gambar oleh: Zeng Wencheng)

Tempat menarik di Selangor yang sudah tidak asing lagi untuk rakyat Malaysia.

Namun jika anda masih belum mencuba lagi ke tempat ini, anda mesti cuba walau sekali.

Taman tema ini mempunyai taman-taman yang pelbagai merangkumi taman permainan, taman air, taman haiwan, taman ekstrim, taman yang bertemakan kartun Nickelodeon.

Berhampiran taman tema ini, terletak Sunway Pyramid, satu tempat membeli belah yang besar.

Waktu lawatan yang sesuai ialah jam 11 pagi sehingga 6 petang pada hari Isnin hingga Jumaat.

Dan untuk hari Sabtu dan Ahad bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

Ia terletak di 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor.

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Sunway Lagoon (Google Maps)

 

18. Zoo Negara

Kelihatan seekor panda yang sedang menikmati makanannya di Zoo Negara yang menjadikan salah satu tempat menarik di Selangor lebih-lebih lagi untuk anak-anak kecil.

(Gambar oleh: Mubashshira Mahmud)

Tiada apa yang dapat lebih menggembirakan anak-anak kecil bila melihat haiwan-haiwan yang hidup di depan mata.

Mungkin bagi kita orang dewasa, benda sebegini adalah perkara biasa, namun tidak bagi kanak-kanak yang selama ini hanya melihat haiwan di kaca TV atau di youtube sahaja.

Jadi apa kata anda selitkan sekali agenda ke Zoo Negara jika anda melawat negeri Selangor bersama ahli keluarga.

Disini terdapat lebih kurang 400 spesies haiwan-haiwan eksotik, mamalia, reptilia, burung dan haiwan akuatik.

Mungkin anda juga boleh belajar sesuatu bila melihat haiwan yang hidup bersama kita di muka bumi ini.

Waktu lawatan yang sesuai ialah bermula jam 9 pagi hingga jam 5 petang setiap hari.

Ia terletak di Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor.

Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://www.zoonegaramalaysia.my/

Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Zoo Negara (Google Maps)

Kesimpulannya..

Memang tak cukup satu hari kalau anda nak lawati semua tempat menarik di Selangor yang di senaraikan di sini.

Malah ada banyak lagi tempat yang tidak di senaraikan dan akan di kemas kini dari masa ke masa akan datang.

anda boleh pilih lakukan aktiviti yang biasa anda buat, tapi untuk dapat pengalaman berbeza pastinya anda perlu lakukan sesuatu yang berbeza kan?

(Bacaan menarik selanjutnya di sini : Nak dapat tiket kapal terbang PERCUMA? Gunakan BigPay)