Tempat Menarik Di PENANG
Kenapa anda perlu lawati tempat menarik di Penang?
Anda suka multi-tasking buat pelbagai benda dalam satu masa?
Maka, tempat menarik di Penang adalah sangat sesuai untuk anda!
Anda akan faham seketika nanti..
Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Penang bukan sahaja sebuah pulau, tetapi ada juga kawasan yang tidak berpulau iaitu Seberang Prai.
Artikel panjang ini akan tunjuk kepada anda tempat menarik di Penang, namun, jika anda lebih suka tonton video, anda boleh lihat video tempat menarik di Penang di youtube:
Memang rugi kalau tak tahu tempat menarik di Penang..
Kalau anda merancang untuk bercuti ke utara semenanjung tanah air Malaysia, memang sesuai sangatlah anda baca artikel ini kerana anda akan dapat tahu banyak lokasi yang best untuk anda lawati dan hayati di Pulau Pinang.
Penang adalah satu tempat yang boleh dikatakan truly Malaysian sebab ada pelbagai ciri-ciri budaya yang jelas dan kuat antara kaum Melayu, India, dan Cina.
Juga ada keturunan Peranakan versi Penang (campuran India dan Cina).
Terdapat beberapa lokasi yang telah di gazetkan sebagai UNESCO World Heritage Site.
Juga pastinya banyak lagi lokasi pelancongan yang menarik untuk anda di Wikipedia.
Negeri ini unik sebab ia antara negeri yang maju di Malaysia namun masih mengekalkan banyak bangunan dan lokasi yang punyai ciri tradisional.
Jadi anda pasti tak bosan bila melawat Pulau Pinang!
(senarai akan di tambah baik dari masa ke masa)
Tempat Menarik Di Penang:
1. Clan Jetties, Port Weld
2. ESCAPE Theme Park, Teluk Bahang
3. Jalan-jalan Cari Makan!
4. Penang Hill (Bukit Bendera) Eco-Tourism
5. Penang Street Arts
6. Wonderfood Museum
7. Pinang Peranakan Mansion
8. Tropical Spice Garden
9. TeddyVille Museum
10. Taman Negara Pulau Pinang
11. Entopia
12. Tokong Kek Lok Si
13. Upside Down Museum (Muzium Terbalik)
Jom kita tengok apa yang best di Penang..
1. Clan Jetties, Port Weld
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Di tempat ini anda dapat lihat satu perkampungan di atas air dan pastinya banyak jeti di tepi laut.
Tempat ini ada beberapa jeti dan komuniti yang anda boleh lawat, tapi yang agak popular ialah Jeti Chew.
Komuniti Jeti Chew adalah yang terbesar di antara 6 komuniti perkampungan rumah kayu yang di bina di atas air di tepi laut.
Dan setiap satu komuniti ini adalah dari keturunan bangsa Cina yang datang berhijrah yang berbeza dan unik.
Anda boleh berjalan-jalan dan menikmati sisi berbeza bandar Georgetown.
Anda pastinya akan terkenang pengalaman anda di sini.
Jeti Chew adalah salah satu jeti yang di buka kepada umum, jadinya ada banyak gerai-gerai kecil yang menjual cenderamata khas untuk pelancong yang datang.
Ia terletak di Chew Jetty, Weld Quay, 10300 George Town, Pulau Pinang.
Waktu lawatan yang sesuai ialah bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Clan Jetties, Port Weld (Google Maps)
2. ESCAPE Theme Park, Teluk Bahang
(Gambar oleh: ESCAPE Theme Park)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Taman tema ESCAPE ini ialah destinasi yang menyeronokkan yang menyediakan tarikan dan permainan yang boleh buat anda teruja.
Konsep asal salah satu tempat menarik di Penang ini ialah supaya anda dapat bermain seperti kanak-kanak yang ceria di kelilingi suasana alam semulajadi.
Jadi tempat ini menggalakkan anda lebih menghargai alam semulajadi di sekeliling kita.
Ia terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Anda boleh bermain sepanjang hari dengan membeli tiket harian di sini.
Terdapat pelbagai permainan yang sesuai mengikut mana-mana peringkat umur, kemampuan dan mengikut tenaga stamina anda untuk bermain.
Daripada halangan bertali menerusi pokok-pokok sehinggalah ke gelungsur air yang yang laju dan tinggi yang bakal buat anda terbang ke udara.
ESCAPE adalah padang permainan untuk jiwa kana-kanak yang ada dalam kita semua.
Nikmati suasana tenang di dalam hutan hujan tropika bila anda ke Adventureplay.
Belajar untuk memanjat seperti profesional dan uji daya keseimbangan badan anda di Monkey Business iaitu halangan bertali yang mencabar.
Ia punyai 3 tahap kesukaran yang akan membawa anda melalui pokok-pokok dan bawa anda lebih dekat kepada alam semulajadi.
Atau nikmati perjalanan turun dengan permainan gelungsur Tubby Racer bersama-sama kawan-kawan dan ahli keluarga.
Anda juga boleh rasai pengalaman suspens menaiki flying fox di Flying Lemur dan nikmati pemandangan dari tempat tinggi untuk melihat gambaran besar seluruh taman sambil-sambil anda terbang di sekeliling.
Atau atasi rasa gayat anda dengan lompat dari tempat tinggi di Atan’s Leap yang punyai platform setinggi 13 meter dan 20 meter.
Lepas itu, anda boleh teruskan meneroka ke Waterplay dan menggelungsur turun Banana Flip.
Gelungsur ini setinggi 11 meter dan membengkok di hujungnya.
Ia bakal buat anda terbang tinggi ke udara sebelum mendarat di dalam air kolam di bawah.
Jika anda sudah lapar atau dahaga, anda boleh ke gerai jualan untuk menikmati juadah pelbagai.
Jangan lupa singgah di kedai cenderahati Grass-Shopper dan beli tanda kenangan anda di sini sebelum pulang ke rumah.
Waktu lawatan yang sesuai ialah bermula 10 pagi hingga 6 petang. (Isnin tutup)
Ia terletak di 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050, Pulau Pinang
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://www.escape.my/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: ESCAPE Theme Park (Google Maps)
3. Jalan-jalan Cari Makan!
(Gambar oleh: Sir Khairi)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Tak sah kan kalau ke Penang tapi tak cari tempat best untuk makan?
Tak kira anda berbangsa Melayu, Cina, atau India, pastinya anda mahukan makanan yang sedap dan terbaik.
Bersyukurlah kita di lahirkan dan tinggal di Malaysia, kerana anda pastinya tak dapat jumpa pelbagai makanan yang kena dengan selera Malaysia dalam diri anda di mana-mana tempat pun di atas dunia ni.
Anda yang sudah biasa teroka tempat di luar negara pasti sangat sangat sangat lah setuju dengan apa yang saya katakan ni kan?
Terdapat banyak tempat yang boleh anda cari untuk makan, namun apa yang saya sediakan ini berdasarkan rekomendasi yang saya dapat, anda mungkin suka atau mungkin juga tidak suka.
Tepuk dada tanya selera lah!
Peringatan untuk anda, tempat yang best biasanya sesak dengan orang.
Jadinya bersabarlah menunggu ye.
Okay ini dia:
1. Halal Char Kuey Tiaw @ Bee Hwa Cafe.
2. Masakan Timur Tengah @ Halab Penang
3. Masakan Asia, Malaysia, Cina @ Batu Lanchang Market Food Court
4. Gerai-gerai makanan @ Gurney Drive
Sebenarnya terlalu banyak untuk di senaraikan, dan cara terbaik bagi anda ialah bertanya orang tempatan, mereka pasti lebih arif!
4. Penang Hill (Bukit Bendera) Eco-Tourism
(Gambar oleh: Sakda Za)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Penang Hill atau lebih di kenali sebagai Bukit Bendera punyai pelbagai tarikan yang tersendiri.
Jadi, bermacam-macam aktiviti yang anda boleh buat di sini.
Stesyen Penang Hill adalah stesyen British tertua di Asia Tenggara iaitu sejak akhir 1700.
Puncak tertinggi bukit ini ialah pada 833 meter dari atas permukaan laut.
Perkhidmatan keratapi bukit atau di kenali sebagai sistem keretapi funikular, bermula pada bulan Oktober tahun 1923.
Manakala sistem keretapi yang di gunakan sekarang adalah generasi ke-4 yang mula beroperasi pada bulan April tahun 2011.
Landasan keratapi funikular ini merangkumi sepanjang 1.99km daripada stesyen di bawah sampai ke puncak.
Ia adalah landasan seumpama itu yang terpanjang di Asia.
Manakala terowong sepanjang 79 meter dengan kecerunan 27.9 darjah, adalah landasan terowong yang paling cerun di dunia.
Di bukit ini juga terletak 52 buah rumah banglo yang kebanyakannya berumur lebih daripada 100 tahun.
Banglo Bel Retiro adalah yang tertua yang di bina pada tahun 1789.
Bukit Bendera ini sangat popular kerana mengikut statistik pada tahun 2016 sahaja, jumlah pelawat di sini melangkaui 1.6 juta pelawat.
Di puncak bukit ini anda dapat saksikan pemandangan hampir seluruh Pulau Pinang.
Terdapat banyak tempat cantik untuk anda bergambar bersama ahli keluarga dan kawan-kawan.
Anda juga boleh meneroka alam semulajadi sambil beriadah.
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Penang Hill - Bukit Bendera Eco-Tourism (Google Maps)
5. Penang Street Arts
(Gambar oleh: Kristina Mikalajunaite)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Terdapat banyak seni dan mural di sekitar Georgetown jika anda sangat suka bergambar dan berselfie.
Jika anda punyai masa dan menghargai kesenian, aktiviti mencari seni dan mural ini pasti buat anda teruja.
Namun ada seni lukis yang sudah di gantikan, dan ada juga yang sudah pudar.
Tapi ia masih lagi berbaloi untuk anda cuba.
Antara yang popular ialah seni lukis daripada Ernest Zacharevic:
A. Sampan
B. Kanak-kanak di atas basikal
C. Motosikal lama
D. Budak lelaki di atas kerusi
E. Orang tua
F. Hati yang terluka
G. Perempuan kungfu
H. Lelaki beca
Selain lukisan mural di dinding, ada banyak lasi seni dan hiasan yang ada di sekitar bandar Georgetown untuk anda teroka.
Ini lah masanya untuk penuhkan Instagram anda!
Sambil-sambil itu anda boleh rasai pengalaman ibarat mencari harta karun.
Cuma harta yang anda cari adalah kesenian yang unik di tepi jalanan di sekitar bandar.
Ia terletak di 316, Beach Street Georgetown, 10300 George Town, Pulau Pinang
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Penang Street Arts (Google Maps)
6. Wonderfood Museum
(Gambar oleh: Nguyen Le)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Muzium ini akan menjentik imaginasi anda dan buat anda tertanya-tanya betul ke apa yang mata anda nampak.
Lebih-lebih lagi jika anda pencinta makanan.
Muzium ini pasti buat anda lapar.
Muzium ini mempamerkan replika makanan kegemaran rakyat Malaysia, seni dan maklumat sejarah makanan itu sendiri.
Lebih-lebih lagi jika anda memang gemar dengan makanan di gerai-gerai sekitar Pulau Pinang, anda mesti lawat muzium ini.
Terdapat lebih 100 jenis replika juadah dan makanan berbeza yang pasti ada di antaranya makanan kegemaran anda.
Ambil peluang ini untuk selfie dengan model makanan yang bersaiz biasa, bersaiz mini, dan ada juga bersaiz gergasi.
Selain itu, anda boleh belajar cara sebenar makan di gerai-gerai jalanan oleh penduduk tempatan, dan sejarahnya yang tersendiri.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.
Ia terletak di 49, Lebuh Pantai, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: Wonderfood Museum (Facebook)
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Wonderfood Museum (Google Maps)
7. Pinang Peranakan Mansion
(Gambar oleh: Jaroonrat Vitoosuwan)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Tempat ini ialah muzium yang di jadikan tempat khas untuk memaparkan warisan Peranakan Pulau Pinang.
Bangunan muzium ini berwarna kehijauan yang unik di Jalan Gereja Georgetown.
Ia pernah menjadi rumah dan pejabat seorang hartawan Cina pada abad ke-19 iaitu Chung Keng Quee.
Jika anda berminat untuk belajar dengan lebih lanjut mengenai adat dan budaya Peranakan Pulau Pinang yang unik, anda sangat di galakkan melawat ke tempat ini.
Bukan setakat itu sahaja, anda boleh lihat keadaan rumah yang asal, barang kemas, perabot, dan reka bentuk luaran dan dalaman kediaman budaya Peranakan.
Terdapat juga banyak barang antik dan artifak yang cantik dan dan punyai banyak nilai sejarah.
Lawatan ini pastinya buat anda lebih hargai pelbagai budaya dan kaum yang di di negara kita Malaysia.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula jam 9.30 pagi hingga jam 5 petang.
Ia terletak di 29, Church St, Georgetown, 10200 George Town, Penang
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: http://www.pinangperanakanmansion.com.my/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Pinang Peranakan Mansion (Google Maps)
8. Tropical Spice Garden
(Gambar oleh: Amr Mostafa)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Kebun herba tropika ini sesuai dengan namanya memang tempat untuk anda belajar dan ketahui lebih mendalam mengenai jenis dan spesies herba yang pelbagai.
Ia terletak di lembah semulajadi yang berhadapan dengan Selat Melaka.
Di sini hidup lebih 500 spesies pokok herba, rempah ratus, dan tumbuhan tropika.
Anda boleh teroka dan temui pelbagai bentuk alam bila merentasi denai-denai melalui celahan bukit, hutan dan anak sungai.
Di sini anda akan di lengkapi dengan alat pendengaran sebagai bantuan lawatan anda di sini.
Bermaksud anda boleh mendengar penerangan dari alat elektronik untuk anda ketahui berkenaan mana-mana tumbuhan yang anda lihat.
Ia ada dalam 7 bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Bahasa Cina, Arab, Jepun, German, dan Perancis.
Namun, jika anda mahukan penerangan secara terus dari manusia, anda boleh ikuti kumpulan lawatan yang bermula pada setiap jam 9 pagi, 11 pagi, dan 1.30 petang.
Laluan pejalan kaki di sini agak curam, jadinya anda di nasihatkan untuk memakai kasut dan pakaian yang sesuai dengan aktiviti luar.
Malang sekali, kerusi roda atau kereta tolak bayi tidak di galakkan di bawa di sini.
Lawatan ke tempat ini sangat sesuai untuk anda yang minat dengan tumbuhan dan alam semulajadi, namun untuk anda tiada minat pastinya aktiviti ini akan membosankan anda.
Di sini juga menawarkan kelas memasak, dan tempat untuk mencuba herba-herba yang ada.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula jam 9 pagi hingga jam 6 petang.
Ia terletak di Lot 595 Mukim, 2, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 George Town, Pulau Pinang
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://tropicalspicegarden.com/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Tropical Spice Garden (Google Maps)
9. TeddyVille Museum
(Gambar oleh: Loke Mj)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Muzium ini memaparkan bukan sekadar patung beruang, tetapi juga tempat belajar sejarah Pulau Pinang dengan cara yang unik, iaitu dengan patung beruang!
Tempat ini punyai model mini kawasan di Pulau Pinang dan sudah tentunya di penuhi dengan patung beruang.
Bagi anda yang ada anak-anak kecil, memang sesuai untuk di bawa ke sini.
Jadi sambil bersuka ria, anda dan anak-anak dapat belajar tentang sejarah dengan cara yang menyeronokkan.
Pastinya satu pengalaman yang berbeza untuk anda dan keluarga.
Dan untuk anda yang gemar mengambil gambar and berselfie, ini adalah peluang yang tak mungkin di lepaskan begitu saja.
Sebabnya terdapat pelbagai jenis, bentuk, saiz patung beruang yang ada di sini.
Anda pasti tidak mudah bosan.
Lebih-lebih lagi untuk anda yang sangat gemar kepada patung beruang.
Ya anda yang dah berumur 30 tahun tu, jangan buat-buat tak tahu pula.
Waktu lawatan yang sesuai ialah bermula seawal jam 9 pagi hingga jam 6 petang.
Ia terletak di 56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: http://teddyvillemuseum.com/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: TeddyVille Museum (Google Maps)
10. Taman Negara Pulau Pinang
(Gambar oleh: J. Van Gaal)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Taman Negara Pulau Pinang ini merangkumi kawasan seluas 1,213 hektar termasuk kawasan darat dan juga laut.
Kawasan ini di gunakan oleh saintis, pengkaji, dan pencinta alam semulajadi untuk teroka khazanah alam.
Sebelum ini ia di kenali sebagai Hutan Simpan Pantai Acheh dan menjadi tempat menarik di Penang sejak sekian lama.
Kawasan ini terkenal sebagai rumah kepada lebih kurang 417 spesies flora dan 143 spesies fauna.
Di sini terdapat beberapa laluan untuk ke lokasi tarikan tertentu seperti:
-
Pasir Pandak
-
Simpang Pak Abbas
-
Pantai Kerachut
-
Teluk Kampi
-
Tasik Meromiktik
-
Sungai Tukun
-
Titian Kanopi – tutup
-
Pantai Teluk Aling
-
Teluk Duyung @ Monkey Beach
-
Rumah Api Muka Head
Untuk meneroka tempat ini, anda boleh berjalan kaki, merentasi trek yang ada, atau mengambil bot menerusi jalan laut.
Ada lokasi yang hanya perlukan 10 minit berjalan kaki untuk sampai, tapi ada juga lokasi yang perlukan lebih kurang 2 jam berjalan kaki.
Bergantung kepada stamina dan tahap kesihatan anda, tempat ini sangat sesuai untuk menghayati keindahan dan ketenangan alam semulajadi.
Waktu lawatan yang sesuai ialah seawal jam 8 pagi hingga jam 5 petang.
Ia terletak di Pejabat Taman Negara P. Pinang, jalan Hassan Abbas, 11050 George Town, Penang
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: PERHILITAN Malaysia
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Taman Negara Pulau Pinang (Google Maps)
11. Entopia
(Gambar oleh: Kenix Wong)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Lokasi menarik ini bukan sekadar punyai rama-rama, malah haiwan lain seperti serangga, haiwan melata, katak, dan reptilia.
Sesuai untuk keluarga dan anak-anak untuk mengenali haiwan dengan lebih dekat sambil belajar sambil bersuka ria.
Anda dan anak-anak boleh melihat, menyentuh, memegang haiwan yang ada dalam keadaan selamat.
Entopia ibarat sebuah kawasan selamat untuk hidupan kecil yang terbang secara bebas, atau yang hidup dengan senyap di atas tanah.
Perjalanan di dalam tempat ini ibarat satu pengembaraan kecil untuk anda teroka misteri kehidupan di alam semulajadi.
Nikmati waktu ini dengan aktiviti bengkel interaktif dan sebagainya.
Waktu lawatan yang sesuai ialah bermula seawal jam 9 pagi hingga jam 6 petang.
Ia terletak di No.830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050, Pulau Pinang
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: http://www.entopia.com/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Entopia (Google Maps)
12. Tokong Kek Lok Si
(Gambar oleh: Yian Chng)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Tokong ini menjadi salah satu tarikan pelancong yang utama di Pulau Pinang kerana banyak sebab.
Antaranya ialah kerana lokasinya yang terletak di atas bukit, jadi anda boleh nikmati pemandangan yang cantik di atas.
Selain itu, ia juga punyai binaan yang menarik, dan menempatkan patung yang besar Buddha Kuan Yin setinggi 30.2 meter yang di buat dari gangsa.
Waktu rasmi melawat ialah pada siang hari, namun jika anda datang pada waktu malam, anda boleh lihat limpahan cahaya dan lampu warna warni yang cantik dan tersusun indah.
Terdapat lebih kurang 4 tingkat di kawasan ini.
Anda perlu menaiki tangga, namun ada juga lif condong yang kecil untuk orang yang kurang mampu untuk memanjat tangga.
Ia terletak di 1000-L, Tingkat Lembah Ria 1, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: http://kekloksitemple.com/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Tokong Kek Lok Si (Google Maps)
13. Upside Down Museum (Muzium Terbalik)
(Gambar oleh: Khaled Alqarni)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Tempat sebegini pastinya syurga untuk anda yang aktif ber-Instagram!
Pastikan bateri fon anda penuh, tetapi memori fon anda kosong untuk ambil gambar pada setiap seni yang ada di tempat ini.
Lokasi ini boleh jadi satu aktiviti yang menarik untuk anda bersama ahli keluarga atau kawan-kawan.
Staf yang bertugas akan membantu anda untuk mengambil gambar, jadi anda tak perlu risaukan sudut yang sesuai.
Namun awas, kerana tempat ini biasanya penuh dengan pelawat, jadi anda tidak di galakkan bersantai-santai untuk beri laluan kepada pelawat yang lain.
Waktu lawatan yang sesuai ialah bermula seawal jam 9 pagi hingga jam 5.30 petang.
Ia terletak di 45, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: Upside Down Museum (Facebook)
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Upside Down Museum (Google Maps)
Jadinya...
Banyak kan tempat menarik di Penang yang boleh anda lawati?
Pastinya banyak lagi lokasi yang tidak dinyatakan di sini, namun artikel ini akan di kemas kini dari semasa ke semasa.
Jika anda perlukan maklumat tambahan mengenai acara dan aktiviti terkini, anda boleh lawati laman rasmi pelancongan Pulau Pinang di https://mypenang.gov.my/events/all-events/
Terima kasih kerana lawati artikel ini!
Anda memang hebat dan saya doakan anda bercuti dengan tenang!
(Bacaan menarik selanjutnya di sini : Nak dapat tiket kapal terbang PERCUMA? Gunakan BigPay)