Tempat Menarik Di MELAKA

Kenapa anda perlu lawati tempat menarik di Melaka?

Saya tak sangka negeri Melaka ini menjadi tempat yang bersejarah untuk diri saya. Tempat menarik di Melaka memang banyak untuk di teroka sesiapa saja. Bagi saya pula, mulanya perkenalan bersama pasangan saya di negeri Melaka ini, sehingga sekarang sudah punya 2 cahaya mata. Kebetulan pula dengan gelarannya Melaka Bandaraya Bersejarah.

Artikel ini akan tunjuk kepada anda tempat menarik di Melaka.

Jika anda tidak sempat membaca artikel panjang ini, anda boleh juga saksikan video di youtube untuk ketahui tempat menarik di Melaka 2019 di bawah:

 

 

 

Jom kita tengok apa yang menjadikan negeri Melaka ini unik!

Melaka memang destinasi yang menarik untuk rakyat Malaysia, dan pelancong luar negara dengan nilai sejarahnya yang banyak.

Terdapat banyak lokasi dan tempat yang best untuk anda lawati dan explore sambil hayati sejarah dan budaya yang pelbagai.

Menurut Wikipedia, pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage) setaraf dengan lokasi - lokasi yang hebat yang lain diseluruh dunia. 

Kalau nak jalan-jalan masa cuti sekolah dengan keluarga memang best lah, tapi siap sedia lah dengan kesesakan lalu lintas dan kesesakan di lokasi pelancongan.

Lebih lebih lagi kalau anda nak tahu Melaka diberi nama nickname Melaka Darul Traffic Light kerana banyak lampu isyarat!

Yang penting 'Don't Mess With Melaka!' yo.

Maksudnya jaga kebersihan, kalau anda taknak terima padahnya! ;)

Jangan marah orang Melaka, gurau-gurau aje. Hehe.

Berikut adalah senarai tempat yang menarik di Melaka yang saya buat khas untuk anda.

Senarai ini tidak lah 100% lengkap. Namun cukup untuk anda rasai pengalaman berharga di Melaka. Dan semestinya kami akan update dari semasa ke semasa.

 

Tempat Menarik Di Melaka:

1. A’Famosa Theme Park

2. Encore Melaka Theater

3. Jonker Street Night Market

4. Klebang Beach

5. Masjid Terapung Selat Melaka

6. Melaka River Cruise

7. Menara Taming Sari

8. Tempat-Tempat Bersejarah di Serata Bandaraya:

  • A Famosa
  • Stadthuys
  • St. Paul's Church, Malacca
  • Christ Church
  • Cheng Hoon Teng Temple
  • Baba & Nyonya Heritage Museum
  • Windmill Dutch Square Melaka, Bandar Hilir, Malacca.
  • Melaka Sultanate Palace Museum

       

      1. A’Famosa Theme Park

      Gelongsor air 'The Big Ice Cream' di Taman Tema A'Famosa ini hampir serupa dengan yang ada di Sunway Lagoon.

      (Gambar oleh: Cindy Leong)
      Lihat lebih banyak gambar di sini.

      Taman Tema Air A’Famosa terletak di Jalan Kemus / Sempang Ampat, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka.

      Taman Tema Air A’Famosa sesuai untuk seisi keluarga bersuka ria.

      Anak-anak pasti suka bermain di Taman Tema Air A’Famosa

      Pastinya anda dan keluarga, lebih-lebih lagi anak-anak kecil akan rasai pengalaman yang berbeza jika nak dibandingkan dengan mandi di kolam renang biasa.

      Apa pun perhatikan anak kecil setiap masa daripada sebarang kemalangan.

      Malang tidak berbau.

      Taman Tema Air A’Famosa dibuka seawal jam 9 pagi dan tutup pada pukul 7 petang.

      Kecuali pada hari Isnin, Taman Tema Air A’Famosa di buka lewat sedikit pada jam 11 pagi.

      Pada hari Selasa setiap minggu, Taman Tema Air A’Famosa di tutup kepada pengunjung.

      Anda boleh lihat di sini untuk review dari pengunjung: Apa kata pelawat? 

      Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini berkaitan harga tiket dan sebagainya: https://www.afamosa.com/

      Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Taman Tema Air A’Famosa (Google Maps)

       

       

       2. Encore Melaka Theater

      Encore Melaka punyai rekabentuk yang unik, jadi sebab tulah ia menjadi salah satu tempat menarik di Melaka.

      (Gambar oleh: Saarguna Wathy)
       Lihat lebih banyak gambar di sini.

      Encore Melaka ialah satu tempat pementasan seni dengan teknologi yang paling moden setakat ini.

      Persembahan unik ini menceritakan sejarah budaya and cerita berkaitan Melaka dengan cara yang yang tersendiri oleh siri Impression dari China yang terkenal.

      Menggunakan penari dari Malaysia tetapi menggunakan pengarah Wang Chaoge, yang mempunyai reputasi mengarah persembahan yang hebat di majlis pembukaan sukan Olimpik Beijing 2008 dan juga pada majlis penutup.

      Persembahan Encore Melaka Theater ini menunjukkan masyarakat yang menghargai kepelbagaian adat dan budaya.

      Persembahan 70 minit ini menceritakan tentang pelaut awal, misi legasi Laksamana Cheng Ho dan percampuran adat dan bangsa seperti Baba Nyonya.

      Siap sedia lah untuk melihat persembahan projektor laser, bahan-bahan kreatif pementasan dan busana.

      Alami pengalaman yang pertama di Asia Tenggara, tempat duduk penonton yang berpusing 360 darjah menghadap pelbagai lapisan pentas sepanjang 240 meter.

      Kepelbagaian negeri Melaka di nyatakan melalui campuran tarian tradisional dan kontemporari oleh 200 penari Malaysia.

      Persembahan budaya yang hebat ini pastinya memberi kan pengalaman berbeza untuk anda yang menghargai kesenian adn budaya pelbagai di Malaysia ini.

      Selain itu, yang menarik nya bangunan Encore Melaka Theater ini juga sangat unik dan punyai identiti dan reka bentuk yang tersendiri.

      Tidak hairan lah ramai orang yang datang untuk mengambil gambar dan selfie melihat dengan mata sendiri bangunan Encore Melaka Theater walaupun tidak masuk dan alami pementasan di dalam bangunan ini.

      Encore Melaka Theater ini terletak di No. 3 Jalan KSB – Impression 8 Impression City, Kota Syahbandar, 75200, Melaka.

      Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini berkaitan harga tiket dan sebagainya: https://encore-melaka.com/

      Anda boleh lihat di sini untuk review dari pengunjung: Apa kata pelawat?

      Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Encore Melaka Theater (Google Maps)

       

       

      3. Jonker Street Night Market

      Tak sah jika tak ke Jonker Street pada waktu malam

      (Gambar oleh: Hasti Utami)
       Lihat lebih banyak gambar di sini.

      Jonker Street adalah tapak pasar malam, yang juga dikenali sebagai Jonker Walk.

      Pasar malam dibuka pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad.

      Jonker Street Night Market ini terletak di Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

      Kalau anda berkunjung ke Bandar Hilir Melaka, memang tak sah kalau tak datang ke sini.

      Nikmati suasana terbuka di melalui celahan jalan pada waktu malam.

      Memang ramai pelancong dari dalam dan luar negara, tapi pastinya begitu kerana ia adalah tempat menarik di Melaka yang menjadi salah satu tarikan pelancong kan?

      Jangan lepaskan peluang untuk cuba makanan ringan dan minuman di sepanjang jalan.

      Ia popular dengan bebola nasi ayam dan cendol, jadi anda boleh jangka banyak gerai yang menjual nya.

      Walau bagaimana pun, Jonker Street juga boleh di lawati sewaktu siang kerana di situ memang banyak kedai yang anda boleh cuci mata.

      Tapi jangan pergi pada hari Isnin kerana banyak kedai yang tutup pada hari tersebut.

      Dan sedikit tips untuk anda yang kurang gemar bersesak sesak, anda boleh elak kan pergi ke sini pada hujung minggu.

      Anda boleh lihat di sini untuk review dari pengunjung: Apa kata pelawat?

      Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Jonker Street Night Market (Google Maps)

       

       

      4. Klebang Beach

      Suasana petang di Pantai Klebang menjadi pilihan keluarga untuk bersantai

      (Gambar oleh: Nua Rs)
       Lihat lebih banyak gambar di sini.

      Pantai Klebang ialah sebuah pesisir pantai yang terletak di Klebang, Melaka.

      Pantai ini popular untuk berkelah di bawah rimbunan pokok yang redup, gerai-gerai makanan dan minuman, and juga banyak ruang untuk bersukan.

      Pantai Klebang juga popular dengan Air Jagung Klebang.

      Ia juga pernah popular dengan timbunan bukit-bukit pasir yang cantik ibarat di padang pasir.

      Ia menjadi tempat menarik untuk pengunjung bergambar buat masuk Instagram dan Facebook untuk share kepada kawan-kawan dan lawan.

      Disini anda boleh nikmati pemandangan matahari terbenam, pergi ke tapak jualan ‘car boot sale’, melawat bazar malam Warisan Klebang, dan juga nikmati air ‘cocunut shake’ atau dalam bahasa melayu nya goncang kelapa?

      Namun jika anda mahu mandi manda, di sini bukanlah tempat yang sesuai, kerana buat masa sekarang ia sedang dalam proses pembaikan. Dan pastinya anda lebih suka jika dapat mandi di tempat yang lebih privasi bukan?

      Anda boleh lihat di sini untuk review terkini dari pengunjung: Apa kata pelawat?

      Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Pantai Klebang (Google Maps)

       

       

      5. Masjid Terapung Selat Melaka

      Pandangan dari udara menujukkan keseluruhan binaan Masjid Terapung Selat Melaka

      (Gambar oleh: Hery R Suryo)
       Lihat lebih banyak gambar di sini.

      Sesuai dengan namanya, masjid ini di bina di tepi laut berhadapan Selat Melaka.

      Ia bukan lah terapung seperti sebuah bot seperti yang anda bayangkan. Bukan bukan.

      Namun lokasi nya terletak menarik dan bergemerlapan di bawah cahaya matahari terang.

      Sangat cantik untuk di lihat.

      Masjid Terapung Selat Melaka di buka secara rasmi oleh Yang Di Pertuan Agong pada 24 November 2006.

      Ia di bina dan di reka dengan reka bentuk dan seni bina Islam moden.

      Kubah utama kelihatan ada unsur dari Timur tengah, tetapi bumbung di sekeliling lebih kelihatan punyai unsur seni bina Malaysia.

      Cadangan saya, jika anda seorang Islam, sambil mengkagumi seni bina masjid ini, singgah lah solat berjemaah, atau paling kurang pun solat sunat untuk rebut pahala lebih.

      Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat? 

      Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Masjid Terapung Selat Melaka (Google Maps) 

       

       

      6. Melaka River Cruise

      Papan tanda Melaka River Cruise di kelilingi warna warni lampu cantik di waktu malam

      (Gambar oleh: Wandy Oned)
       Lihat lebih banyak gambar di sini.

      Terokai bandar bersejarah Melaka dengan perjalanan menaiki bot di sepanjang Sungai Melaka selama lebih kurang 40 minit.

      Ini adalah salah satu cara yang santai dan rileks untuk anda melihat bangunan dan kawasan bersejarah di Melaka, selain menaiki beca.

      Ada pengunjung yang mencadangkan pergi waktu malam, untuk lihat warna warni lampu di sepanjang tebing sungai.

      Ada juga yang mencadangkan pergi sewaktu matahari terbenam untuk mendapatkan pencahayaan yang cantik dan anda boleh lihat mural dan kesenian bangunan dengan lebih jelas berbanding waktu malam.

      Sungai Melaka adalah tempat di mana bermulanya sejarah Bandar Melaka. Dan ia merupakan kunci penting kepada perkembangan sejarah dan budaya Melaka yang menarik.

      Sekitar 20 tahun atau 30 tahun lepas, sungai ini adalah tempat yang busuk dan kotor. Ia sekadar tempat pembuangan di sebab kan pembangunan pesat di pusat bandar Melaka.

      Namun kini, ia sudah di tambah baik, dan banyak bangunan yang ada nilai sejarah di baiki dan di jaga dengan lebih baik untuk tontonan kita dan generasi akan datang.

      Perkhidmatan ini beroperasi bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir selewat 11.30 malam setiap hari termasuk cuti umum dan cuti sekolah.

      Anda boleh mula menaiki Melaka River Cruise samada di Spice Garden (Taman Rempah) atau Dataran Muara Sungai Melaka. 

      Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini berkaitan harga tiket dan sebagainya: https://www.melakarivercruise.my/

      Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

      Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Melaka River Cruise (Google Maps)

       

       

      7. Menara Taming Sari

      Bahagian berpusing masih dibawah sedang dalam perjalanan naik ke puncak Menara Taming Sari

      (Gambar oleh: Homestay Zza)
       Lihat lebih banyak gambar di sini.

      Menara Taming Sari ialah menara berputar.

      Ini adalah salah satu aktiviti yang anda perlu cuba kalau anda nak tengok pemandangan 360 darjah dari udara.

      Anda boleh lihat seluruh Bandar Melaka, dan anda dapat tengok bagaimana Melaka terletak di Selat Melaka.

      Dari bawah Menara Taming Sari, ia akan ambil masa 7 minit untuk sampai ke puncak, dan juga 7 minit untuk kembali turun ke bawah.

      Ruang ini bergerak perlahan, berpusing 360 darjah, jadi anda dapat menikmati pemandangan dari atas dengan santai.

      Jangan risau anda akan dapat tempat duduk yang selesa berhawa dingin, dan di beri teropong, untuk betul-betul hayati kecantikan dan keindahan di sini.

      Ia terletak di Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka.

      Waktu operasinya ialah jam 10 pagi sehingga jam 11 malam setiap hari.

      Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini berkaitan harga tiket dan sebagainya: https://menaratamingsari.com

      Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

      Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Menara Taming Sari (Google Maps)

       

       

      8. Tempat-Tempat Bersejarah di Serata Bandaraya:

      Berita baiknya untuk anda yang belum pernah ke Melaka, hampir semua tempat-tempat bersejarah ini adalah berdekatan, jadi anda boleh berjalan kaki untuk ke semua tempat jika cuaca baik, and anda tidak punyai masalah kesihatan yang kronik.

      Atau anda juga boleh menaiki beca dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

      Menaiki beca pun boleh menjadi satu pengalaman yang menarik, kerana biasanya pemandu beca yang ada dapat menerangkan dengan lebih terperinci kisah sejarah di kawasan tersebut, dan juga beca-beca yang ada sekarang sangat cantik kerana di hiasi dengan lampu dan tema tersendiri. Ibarat naik kereta berhias pula!

      Ini antara tempat bersejarah yang tersenarai:

       

      A Famosa

      Tinggalan kubu Portugis ini wajib menjadi salah satu tempat menarik di melaka yang perlu anda lihat sendiri

      (Gambar oleh: Stephen Abraham)
       Lihat lebih banyak gambar di sini.

      Ini adalah kubu Portugis pada era abad ke-16.

      Sekarang sebahagian besar binaannya sudah musnah.

      Namun, sewaktu zaman kegemilangannya, ia merangkumi kawasan luas yang termasuk pelbagai bangunan kerajaan pemerintah, gereja, dan hospital.

      Ia terletak di Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka.

      Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

      Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: A'Famosa (Google Maps)

       

      Stadthuys

      Kelihatan beca berhias menunggu pelancong di hadapan bangunan Stadthuys

      (Gambar oleh: Dhiman Chattopadhyay)
       Lihat lebih banyak gambar di sini.

      Ini adalah bangunan lama yang wujud sejak abad ke-17.

      Bangunan ini pernah menempatkan pusat pentadbiran Belanda, dan sekarang ia adalah sebuah muzium.

      Selain nilai sejarah, bangunan ini menjadi tarikan kerana warnanya yang merah, dan pintunya berwarna putih.

      Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Stadthuys (Google Maps)

       

      St. Paul's Church

      Kelihatan beberapa pelancong berada di hadapan gereja lama St Paul setelah menaiki tangga untuk kesini

      (Gambar oleh: Eric Chou)
       Lihat lebih banyak gambar di sini.

      Ini adalah gereja lama Katolik.

      Anda akan dapat lihat kawasan perkuburan lama dan batu nisan.

      Di sini ada plak peringatan di atas lantai untuk isteri pertama Gabenor Cape of Good Hope, Jan van Riebeeck.

      Di sini juga anda boleh dapat sudut pemandangan yang menarik untuk seluruh Bandar Melaka.

      Ia terletak di Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka.

      Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

      Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: St Paul's Church (Google Maps)

       

      Christ Church

      Christ Church yang berwarna merah, juga di kelilingi bangunan yang berwarna merah

      (Gambar oleh: Panda MT)
       Lihat lebih banyak gambar di sini.

      Gereja ini adalah sebahagian daripada binaan Belanda di kawasan Red Square dan di percayai sebagai gereja pertama yang wujud di sini.

      Ia masih terpelihara baik, dan masih berfungsi dan di gunakan seperti biasa sehingga hari ini.

      Ia terletak di: Gereja Christ, Jalan Gereja, Bandar Hilir, 75000 Melaka.

      Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

      Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Christ Church (Google Maps)

       

      Cheng Hoon Teng Temple

      Pintu masuk Tokong Cheng Hoon Teng pada waktu malam dihiasi tanglung.

      (Gambar oleh: Charles Yew)
       Lihat lebih banyak gambar di sini.

      Tokong ibadah untuk penganut Buddha ini punyai seni bina dan reka bentuk yang unik.

      Ini boleh jadi kerana ia adalah Tokong yang paling tua di Malaysia.

      Tokong Cheng Hoon Teng ini juga di kenali sebagai Tokong Kwan Yin Teng.

      Bangunan yang bersejarah ini adalah salah satu tinggalan sejarah yang masih bertahan sehingga hari ini dan juga masih di gunakan seperti biasa.

      Ia di tubuhkan pada abad ke-16 oleh Kapitan berbangsa Cina, Tay Kie Ki atau juga di kenali sebagai Tay Hong Yong.

      Pada permulaannya, selain berfungsi sebagai rumah ibadah, ia juga menjadi pusat pentadbiran rasmi oleh Kapitan.

      Kapitan bermaksud jawatan-jawatan tinggi di dalam pentadbiran kerajaan di ketika itu.

      Seni reka binaan ini unik kerana di pengaruhi oleh seni bina daerah Selatan di Tanah Besar China.

      Ia terletak di: 25, Jalan Tokong, Kampung Dua, 75200 Melaka.

      Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: chenghoonteng.org.my

      Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

      Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Tokong Cheng Hoon Teng (Google Maps)

       

      Baba & Nyonya Heritage Museum

      Kelihatan seorang pelancong baru sahaja keluar dari bangunan Baba & Nyonya Heritage Museum

      (Gambar oleh: Sonder Island)
       Lihat lebih banyak gambar di sini.

      Muzium ini adalah salah satu tempat yang tersenarai dalam Tapak Dunia UNESCO.

      Rumah ini adalah kombinasi 3 lot teres yang di beli oleh keluarga Chan pada tahun 1861.

      4 generasi sempat tinggal di rumah ini sebelum ia di buka sebagai muzium umum pada bulan Mac tahun 1985.

      Waktu operasi Baba & Nyonya Heritage Museum ini adalah pada 10 pagi sehingga 4.30 petang setiap hari.

      Ia terletak di: 48-50, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka.

      Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya:
      babanyonyamuseum.com

      Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

      Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Baba & Nyonya Heritage Museum (Google Maps)

       

      Windmill Dutch Square Melaka

      Kincir angin di Dutch Square di belakangi lampu warna warni di waktu malam menjadi salah satu tarikan pelancong yang ingin melawat tempat menarik di Melaka

      (Gambar oleh: Mega Nur Pratiwi)
       Lihat lebih banyak gambar di sini.

      Tempat ini di kira sebagai pusat bandar Melaka.

      Ia juga di kenali sebagai Red Square kerana di kelilingi binaan seni dari Belanda yang berwarna merah.

      Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

      Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Windmill Dutch Square (Google Maps)

       

      Melaka Sultanate Palace Museum

      Muzium Istana Kesultanan Melaka ini punyai landskap taman hijau yang cantik di kawasan hadapan bangunan

      (Gambar oleh: Bllaw Bllaw)
       Lihat lebih banyak gambar di sini.

      Apa yang unik mengenai Muzium Istana Kesultanan Melaka ini adalah ia di tambah baik semula menggunakan teknik binaan tanpa menggunakan walaupun sebatang paku pun.

      Di sini anda boleh belajar semahunya tentang sejarah dan budaya awal bertapaknya Kesultanan Melayu Melaka.

      Ia terletak di: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka.

      Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: perzim.gov.my

      Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?

      Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Muzium Istana Kesultanan Melaka (Google Maps)

       

       

      Apa kata anda?.. 

       

      Itulah dia senarai tempat menarik di Melaka (setakat ini) yang sempat di senaraikan.

      Jadi patut atau tidak anda melawat tempat menarik di Melaka?

      Itu terpulang kepada anda, namun alang-alang dah sampai, apa kata terokai apa yang ada sementara ia masih ada.

      Senarai tempat menarik di Melaka pada artikel ini di akui masih tidak lengkap sepenuhnya, kerana kalau nak di senaraikan semua tempat, pastinya lebih banyak.

      Namun, artikel ini akan di tambah baik dari masa ke masa mengikut perubahan yang berlaku.

      Selamat berjalan-jalan!

      (Bacaan menarik selanjutnya di sini : Nak dapat tiket kapal terbang PERCUMA? Gunakan BigPay)