Tempat Menarik Di LANGKAWI
Bayangkan sekarang anda di tempat menarik di Langkawi..
Cuba anda ambil masa sesaat untuk bayangkan..
Bayangkan anda sedang berada di satu tempat ibarat syurga.
Anda baru sahaja lepas mandi laut yang jernih sampai ke dasar.
Dan anda sekarang sedang ingin membeli belah dan melihat ratusan barang berjenama yang murah-murah.
Wow nikmatnya.
Sebenarnya anda berada di tempat menarik di Langkawi!
Artikel panjang ini akan membawa anda teroka lokasi yang best di Pulau Langkawi, namun jika anda lebih suka lihat video, anda boleh lihat video tempat menarik di Langkawi 2019 di youtube:
Apa yang bakal anda alami?
Anda akan nikmati kawasan hutan berbukit, pantai-pantai pasir putih yang romantik dan air yang jernih seperti kaca di pulau tropika ini.
Ia terkenal dengan misterinya sebagai pulau lagenda kerana kisah dan cerita yang mengaitkannya dengan asal usul bentuk muka bumi pada zaman dahulu kala.
Lokasi Pulau Langkawi ini berada di kawasan Laut Andaman.
Nikmatilah makanan tempatan di pasar malam, mendaki meredah hutan untuk ke air terjun atau menyelam di taman laut untuk melihat keindahan hidupan dalam air.
Tahukah anda Langkawi sebenarnya bukanlah 1 pulau yang anda sangka?
Tapi Langkawi adalah gugusan 99 buah pulau! (Sumber: Wikipedia)
Pulau Langkawi yang biasa pelancong lawati ialah pulau yang terbesar di antara semua.
Jadi sekarang anda tahu kenapa Langkawi ini jadi antara lokasi pelancongan yang diminati untuk rakyat Malaysia.
Pulau Langkawi juga adalah kawasan bebas cukai, bermaksud boleh shopping banyak barang murah!
Jadi di pulau ini, anda boleh nikmati keindahan alam, dan dalam masa yang sama shopping sepuasnya. (Sumber: Wikitravel)
2 dalam 1!
Langkawi terletak di negeri Kedah.
Nama asalnya adalah 'Langkawi Permata Negeri Kedah'.
Dan anda pasti perasan kan patung burung helang yang besar tu ada maknanya yang tersendiri?
Kerana namanya diambil dari burung helang merah kawi: Lang-Kawi.
Kawi bermaksud merah hati.
Dan disana memang banyak burung helang spesies ini!
Jadi sesuai lah dengan namanya.
Senarai di bawah tidaklah lengkap sempurna, kerana jika mahu di senaraikan semua pastinya sangat banyak tempat yang menarik di Langkawi.
Namun senarai ini akan di kemas kini dari masa ke masa akan datang.
Jom tengok!
Tempat Menarik Di Langkawi:
1. Cenang Beach
2. Langkawi Sky Bridge
3. Langkawi Sky Cab
4. Pulau Payar Marine Park
5. Langkawi Wildlife Park
6. Kilim Karst Geoforest Park
7. Tanjung Rhu Beach
8. Crocodile Adventureland Langkawi
9. Underwater World Langkawi
10. Langkawi Night Market
11. Art In Paradise
1. Cenang Beach
(Gambar oleh: Sven_R187399)
Pantai Cenang mungkin bukan tempat yang paling tenang anda boleh lawati di Langkawi, kerana ia memang jadi tempat popular untuk pelancong yang datang ke pulau ini.
Namun pemandangannya masih cantik untuk anda lihat matahari terbit, atau matahari terbenam.
Selain itu, tempat ini mudah untuk anda cari makanan dan minuman kerana banyak gerai dan kedai makan yang ada.
Anda boleh berkelah bermandi manda, ataupun mencuba sukan air seperti banana boat, jet ski dan lain-lain yang banyak tersedia di sini.
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Cenang Beach (Google Maps)
2. Langkawi Sky Bridge
(Gambar oleh: Asad Mustafa)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Anda pasti dapat menikmati pemandangan yang sangat indah di sini.
Sebab itu lah ia adalah salah satu tempat menarik di Langkawi untuk anda pergi.
Ia terletak di puncak stesyen kereta kabel, dan lepas itu anda perlu naiki beberapa anak tangga sahaja untuk sampai di sini.
Anggaran perjalanan jalan kaki 10 minit untuk sampai ke sini.
Anda boleh lihat panorama indah bukit bukau dan lembah di bawah.
Anak-anak kecil anda pasti teruja bila berada di atas ini.
Anda di benarkan untuk mengambil gambar kenangan namun hati-hati jika ada monyet-monyet yang agresif mencari makanan.
Jika anda bernasib baik, anda dapat elakkan kesesakan bersama pelawat lain yang datang.
Yang menariknya, ada bahagian yang punyai lantai cermin yang telus, jadi anda dapat melihat secara terus sampai ke bawah.
Jaga-jaga untuk anda yang takutkan ketinggian!
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 7 petang.
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Langkawi Sky Bridge (Google Maps)
3. Langkawi Sky Cab
(Gambar oleh: Hisham Nadzri)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Langkawi Sky Cab atau lebih di kenali dengan nama Panorama Langkawi terletak di kawasan pesisir Barat Daya Pulau Langkawi.
Kereta kabel ini akan membawa anda terus ke puncak sehingga lebih kurang 708 meter di atas paras laut.
Perjalanan menaiki kereta kabel ini merangkumi jumlah jarak 2.2 kilometer yang menghubungkan stesyen permulaan di kaki Bukit Machinchang sehingga stesyen di puncak dan seterusnya ke Sky Bridge.
Bagi anda yang takutkan ketinggian, jangan lah terlalu risau kerana kereta kabel ini sangat selamat dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang terkini yang di reka bentuk demi keselematan dan keselesaan anda sekeluarga.
Beli tiket, dan beratur dengan tenang untuk giliran anda menaiki kereta kabel.
Duduk dengan selesa dan nikmatilah pemandangan yang sangat hebat semasa dalam perjalanan anda ke puncak bukit.
Pastinya satu pengalaman yang sangat berbeza untuk yang tidak pernah lagi menaiki kereta kabel sebelum ini.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 7 petang.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: http://www.panoramalangkawi.com/skycab/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Langkawi Sky Cab (Google Maps)
4. Pulau Payar Marine Park
(Gambar oleh: Jannat A. Shohag)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Di sini ialah tempat untuk aktiviti snorkelling dan scuba diving.
Anda kena faham, aktiviti ini bukanlah seperti anda berjalan-jalan di tepi pantai biasa, kerana anda akan menaiki bot dan sebagainya.
Dan aktiviti yang melibatkan laut sangat bergantung kepada cuaca.
Jika anda bernasib baik, anda boleh lakukan aktiviti ini dengan kondisi yang terbaik iaitu matahari yang terang sepenuhnya tanpa awan, dan angin yang sepoi-sepoi bahasa jadi keadaan permukaan laut lebih tenang dan tidak berombak.
Dengan cuaca ini anda pasti lebih selesa berada di atas bot, dan lebih senang untuk bersnorkelling.
Pemandangan di dalam laut pastinya lebih jelas, kerana air yang tenang, dan cahaya matahari terang memberi anda penglihatan yang lebih jelas di dalam air.
Aktiviti ini bukan untuk semua orang lebih-lebih lagi kanak-kanak atau orang orang tua yang tidak tahan panas dan keadaan yang kurang selesa.
Namun, jika anda cukup berlapang dada, anda boleh nikmati pemandangan hidupan di bawah permukaan air seperti ikan yang berwarna warni, dan pelbagai bentuk batu karang.
Pastinya ada di sesetengah tempat yang sentiasa sesak dengan pelawat, anda akan dapat perhatikan sampah sarap tinggalan manusia.
Dan juga ada batu karang yang sudah mati atau rosak kerana sentiasa di pijak dan di sentuh oleh pelawat yang datang.
Maka, jadilah seorang pelawat yang bertanggungjawab, jangan buang sampah merata-rata, dan jangan sesuka hati pijak atau sentuh hidupan laut yang ada.
Waktu lawatan yang sesuai ialah jika cuaca cantik dengan matahari yang terang dan angin yang tidak kencang.
5. Langkawi Wildlife Park
(Gambar oleh: Langkawi Wildlife Park)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Berseronoklah dengan pendedahan baru dengan interaksi secara dekat bersama haiwan di sini.
Sambil-sambil itu anda akan di temani dengan panduan dari staf taman ini.
Anda boleh hayati dengan lebih mendalam perasaan haiwan-haiwan yang ada dengan menyentuh, memberi makan, dan berinteraksi secara dekat dengan sebahagian spesis yang unik.
Tempat pejalan kaki di sini sepenuhnya berbumbung, jadi anda tak perlu risau kan cuaca yang panas apabila bawa anak-anak kecil.
Taman ini di penuhi dengan pelbagai spesis berbeza seperti burung berwarna-warni, haiwan yang aktif di waktu malam, dan sebahagian kecil haiwan yang bersaiz besar seperti rusa dan burung unta.
Memberi makan kepada haiwan di sini pastinya memberikan anda pengalaman yang hebat.
Anda boleh memberi makan kepada kebanyakan haiwan di sini kecuali haiwan yang perlukan rutin makanan yang istimewa.
Jadi anda boleh membeli beberapa pakej makanan, dan berikan sendiri makanan tersebut kepada haiwan yang ada, ataupun lebih baik, perhatikan keseronokan anak-anak anda yang teruja berjumpa dan memberi makanan secara terus kepada haiwan-haiwan yang ada di Langkawi Wildlife Park.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga jam 6 petang.
Ia terletak di Lot 1485, Kampung Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://langkawiwildlifepark.com/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Langkawi Wildlife Park (Google Maps)
6. Kilim Karst Geoforest Park
(Gambar oleh: Hideki Kobayashi)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Jika anda suka meneroka lubang-lubang gua dan juga melihat pemandangan, dan haiwan liar di kawasan paya bakau, anda mesti datang ke sini.
Ini trip yang sangat sesuai untuk anda bersantai di atas bot laju sambil melihat gua kelawar, gua buaya, sangkar ternakan ikan, memberi burung helang makan, menikmati makan tengah hari di atas restoran terapung dan juga melawat pantai di pantai persendirian.
Tua, muda dan remaja pasti teruja dengan perjalanan di sini kerana kawasan ini sangat cantik dan di pelihara dengan baik.
Perjalanan menaiki bot dan meneroka kawasan ini biasanya akan mengambil masa 2 jam setengah.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga jam 5 petang.
Ia terletak di Kampung Kilim, MY 07000 Kedah Langkawi Kilim Sungai Kilim.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://kilimgeoforestpark.com/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Kilim Karst Geoforest Park (Google Maps)
7. Tanjung Rhu Beach
(Gambar oleh: Zoe Chan)
Jika anda sukakan ketenangan dan pantai yang bersih, anda di galakkan untuk lawat tempat ini.
Pantai ini tidak ramai pelawat seperti Pantai Chenang kerana lokasinya agak jauh dari kawasan komersial di Langkawi.
Tetapi anda tidak di galakkan untuk mandi manda di pantai ini kerana arus bawah air yang agak kuat.
Namun, cukup untuk anda menikmati bunyian ombak, air yang jernih, pasir pantai yang putih dan bersih, dan juga pemandangan matahari terbenam yang pastinya memberi kelapangan jiwa.
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Tanjung Rhu Beach (Google Maps)
8. Crocodile Adventureland Langkawi
(Gambar oleh: Crocodile Adventureland Langkawi)
Temui pelbagai aktiviti menarik dan belajar lebih dalam lagi tentang spesis buaya dengan lebih dekat.
Anda boleh rasa pengalaman melihat buaya di beri makan dan bergambar dengan anak buaya yang hidup secara terus.
Penuhi hari anda dengan keseronokan dan memori yang tidak dapat di lupakan.
Crocodile Adventureland Langkawi terletak di jalan ke arah Teluk Datai, lebih kurang 32 batu di utara Pekan Kuah.
Kawasan seluas 20 hektar ini berdaftar dengan Konvensyen Perdagangan Antarabangsa dan Spesis Terancam.
Dalam kalangan penduduk tempatan, taman ini di kenali sebagai Taman Buaya Langkawi.
Crocodile Adventureland Langkawi adalah salah satu tempat menarik di Langkawi.
Anak-anak kecil pastinya sentiasa teruja dan tertarik untuk melihat haiwan purba ini secara dekat dan melihat kehidupan mereka.
Anda juga pastinya akan rasai kegerunan dan perasaan teruja bila melihat dengan lebih dekat kehidupan buaya-buaya di sini.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula seawal jam 9 pagi sehingga jam 6 petang.
Ia terletak di Taman Buaya Langkawi Mukim Air Hangat, Jalan Datai, Jalan datai, 07000 Kedah.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: http://www.crocodileadventureland.com/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Crocodile Adventureland Langkawi (Google Maps)
9. Underwater World Langkawi
(Gambar oleh: Mks Pasha)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Tempat ini menarik untuk anda lawati terutama sekali bersama anak-anak.
Lebih-lebih lagi jika anda tidak pernah lagi alami pengalaman ke akuarium sebegini samada di Aquaria KLCC atau akuarium di luar negara.
Tempat ini bertemakan hutan hujan tropika, cuaca Antartika, bahagian hidupan air masin, hidupan air tawar dan sebagainya.
Anda pasti kagum dengan lebih kurang 4000 spesis haiwan dan bentuk hidupan laut yang di pamerkan di sini.
Jika anda tidak pernah melihat penguin, jangan lepaskan peluang untuk melihat haiwan yang hanya hidup dalam cuaca sejuk ini.
Dalam senarai tempat menarik di Langkawi, tempat ini boleh di jadikan satu pilihan untuk anda sekeluarga jika cuaca tidak mengizinkan untuk anda lakukan aktiviti-aktiviti luar.
Jangan lepaskan peluang ke sini, kerana anda akan rasa seolah-olah berada di dunia yang berbeza apabila melihat pelbagai hidupan akuatik di sini.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula seawal jam 10 pagi sehingga jam 6 petang.
Ia terletak di Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://underwaterworldlangkawi.my/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Underwater World Langkawi (Google Maps)
10. Langkawi Night Market
(Gambar oleh: Kazuto Ogura)
Pasar malam di Langkawi menawarkan pelbagai juadah dan makanan ringan untuk cuba dan rasa.
Mungkin kebanyakannya anda sudah rasa, namun pasti ada yang anda belum cuba.
Terdapat pasar malam di lokasi yang berbeza yang boleh anda pergi setiap hari sepanjang tempoh anda melawat Pulau Langkawi.
Anda mungkin akan perasan ada juga juadah yang berkaitan dengan makanan Siam/Thailand kerana lokasinya yang hampir dengan sempadan Siam.
Belum cuba belum tahu!
11. Art In Paradise
(Gambar oleh: Pramod Kumar)
Ya pastinya syurga untuk kaki-kaki Instagram.
Art In Paradise menawarkan pengalaman kepada anda untuk bergambar, atau mengambil video yang lain daripada yang lain dengan trik ilusi mata, dan teknik 3D.
Anda pasti seronok bermain-main dengan pelbagai seni yang berbeza di sini.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan teknologi persembahan laser untuk mengkagumkan anda dan memberi ilusi ibarat realiti.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula seawal jam 9 pagi sehingga jam 6 petang.
Ia terletak di Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Kedah.
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Art In Paradise (Google Maps)
Dah tahu nak kemana selepas ini?
Tidak dapat disangkal lagi memang banyak tempat menarik di Langkawi yang anda boleh pergi.
Dan ada juga yang tidak tersenarai di sini kerana apa yang best itu sebenarnya agak subjektif untuk setiap individu.
Namun, senarai ini akan di kemas kini dari masa ke masa.
Di harapkan artikel ini beri gambaran dan idea untuk anda terus merancang dan tidak agak-agak untuk ke Pulau Langkawi pulau lagenda!
(Bacaan menarik selanjutnya di sini : Nak dapat tiket kapal terbang PERCUMA? Gunakan BigPay)