Tempat Menarik Di KUALA LUMPUR
Jom jalan-jalan tempat menarik di Kuala Lumpur!
Kuala Lumpur ibu negara Malaysia.
Jika anda rakyat Malaysia tapi tak pernah ke Kuala Lumpur, pasti sangat rugi.
Disini padat dengan pembangunan dan binaan yang pernah meletakkan nama Malaysia di persada dunia seperti Petronas Twin Tower dan Menara KL.
Namun jika anda sememangnya tinggal dan bekerja disekitar KL, anda pastinya mencari tempat yang lebih tenang dan aman untuk menenangkan fikiran dihujung minggu.
Artikel ini akan menceritakan kepada anda tempat menarik di Kuala Lumpur.
Namun, jika anda kesuntukan masa anda boleh juga lihat video tempat menarik di Kuala Lumpur 2019 di youtube:
Hutan batu dan hutan hijau?
Walaupun Kuala Lumpur adalah bandaraya, namun ada juga tempat yang masih ada kehijauan dan keindahan alam yang boleh dilawati.
Jika anda bukan warga Lembah Klang, jangan terkejut dan stress dengan kesesakan jalan raya, malah kesesakan di atas tren, MRT ataupun LRT.
Itu adalah normal di kawasan bandar.
Jika anda tidak mahu bersesak sesak, anda boleh lawati bandar Kuala Lumpur pada hari raya pertama Aidilfitri, pasti tenang. Hehe.
Kuala Lumpur atau nama rasminya Wilayah persekutuan meliputi kawasan seluas 244 km persegi. (WIkipedia)
Namun jika diambil kira kawasan kelompok bandar sekitar, Kuala Lumpur sebenarnya lebih besar.
Untuk perkembangan terbaru mengenai aktiviti dan acara di Kuala Lumpur, anda boleh lawati laman rasmi - http://www.visitkl.gov.my/visitklv2/
Tempat Menarik Di Kuala Lumpur:
1. KLCC Park
2. Kuala Lumpur Bird Park
3. Islamic Arts Museum Malaysia
4. Aquaria KLCC
5. Central Market Kuala Lumpur
6. Petrosains Science Discovery Centre
7. KL Forest Eco Park
8. Menara Kuala Lumpur
1. KLCC Park
(Gambar oleh: Ian Ng)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Ini adalah tempat yang menarik di Kuala Lumpur untuk anda berjalan-jalan menikmati suasana nyaman di tengah-tengah bandar metropolitan ini.
Taman ini di kelilingi dengan kolam air pancut, rumput dengan bukit kecil, pokok-pokok besar yang merimbun, trek joging bergetah, taman permainan kanak-kanak, malah ada kolam mandi untuk kanak-kanak.
Jika anda datang di waktu malam, anda boleh menyaksikan persembahan air pancut berirama yang berwarna warni beserta lagu betul-betul di hadapan pintu masuk bangunan kompleks beli-belah Suria KLCC.
Di hujung minggu, ataupun di musim cuti sekolah pastinya tempat ini sesak dengan orang ramai, namun masih sesuai jika anda minat untuk bersenam dan berjoging kerana tempat ini sangat luas.
Jika anda pelancong dari luar kawasan Kuala Lumpur, pastinya anda dapat mengambil gambar kenangan yang sangat best di taman ini berlatarbelakang menara berkembar KLCC.
Taman ini di reka khas untuk mempamerkan kehijauan alam di tengah-tengah bandar metropolitan dan memberi ketenangan di tengah-tengah kesibukan dan hiruk pikuk kehidupan bandaraya.
Ia di reka oleh arkitek yang berasal dari negara Brazil iaitu Roberto Burle Marx.
Ia di katakan sebagai hasil seni yang terakhir yang di buat oleh beliau.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula seawal jam 7 pagi sehingga jam 10 malam.
Ia terletak di tengah-tengah antara kawasan menara berkembar, Suria KLCC, dan juga Pusat Konvensyen KLCC.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://www.suriaklcc.com.my/attractions-2/klcc-park/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: KLCC Park (Google Maps)
2. Kuala Lumpur Bird Park
(Gambar oleh: Sankar Tpk)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Taman Burung Kuala Lumpur adalah taman burung dalam kurungan terbesar di dunia yang mana anda boleh berjalan dan burung-burung terbang bebas di sekeliling anda.
Memang menarik untuk bawa anak jalan-jalan di tempat menarik di Kuala Lumpur ini.
Ia di bina di lembah yang luas yang menempatkan lebih kurang 3000 ekor burung dari lebih kurang 200 spesis yang berasal dari serata tempat di muka bumi.
90% dari burung ini adalah berasal dari Malaysia, namun lagi 10% di dimport dari negara seperti Australia, China, Belanda, Indonesia, New Guinea, Tanzania dan Thailand.
Ia berkeluasan 20.9 ekar dan menerima secara purata 200,000 pengunjung setiap tahun.
Ini adalah tempat menarik di Kuala Lumpur yang sesuai untuk anak-anak anda atau anda sendiri untuk mengenali dan melihat dengan lebih dekat pelbagai spesis burung yang unik dan cantik dan mungkin tidak pernah anda lihat dan tahu sebelum ini.
Selain melihat pelbagai jenis burung, anda juga boleh melihat persembahan burung yang menarik, mengambil gambar bersama burung, memberi makan kepada burung, dan membaca info yang berkaitan dengan burung yang anad lihat demi menambah ilmu pengetahuan diri anda.
Anda di jangka boleh meluangkan masa 2 hingga 3 jam untuk melihat keseluruhan kawasan ini dengan kadar santai.
Namun, jika anda dengan anak-anak kecil yang sangat teruja melihat burung, mungkin anda perlu merancang masa yang lebih.
Kuala Lumpur Bird Park ini terbahagi kepada 4 zon berasingan yang menempatkan spesis burung yang berlainan.
Tempat ini pastinya beri kesegaran dan kehijauan kerana ia di reka untuk menyerupai habitat asal burung-burung yang tinggal di sini.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula seawal jam 9 pagi sehingga jam 6 petang.
Ia terletak di KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur. (Di dalam Taman Botani Perdana)
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://www.klbirdpark.com/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Kuala Lumpur Bird Park (Google Maps)
3. Islamic Arts Museum Malaysia
(Gambar oleh: Karen Cogswell)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Islamic Arts Museum Malaysia akan menunjukkan anda sejarah perkembangan Islam di dunia dan di Malaysia sendiri.
Terdapat banyak artifak lama, ukiran kayu dan sebagainya.
Bangunan ini menggunakan konsep ruang terbuka di 4 tingkat.
Muzium ini di buka secara rasmi pada 12 Disember 1998.
ia terletak berhampiran Masjid Negara, Taman Burung, dan Planetarium.
Muzium ini adalah yang terbesar di Asia Tenggara kerana terdapat lebih kurang 7000 artifak dari seluruh dunia.
Muzium ini punyai 12 galeri seni yang utama di mana ia di bahagikan mengikut jenis artifak.
Terdapat pelbagai galeri seperti Galeri Al Quran, Galeri Kesenian Binaan Islam, Galeri India, Galeri China, dan Galeri Dunia Melayu Purba.
Terdapat juga bilik yang di bina semula menggambarkan bilik di zaman Khalifah Uthmaniyah di Syria pada kurun ke 19.
Di tingkat 4 terdapat pameran barang kemas, pakaian, senjata, perisai, dan juga peralatan makan dan minum dari zaman awal Islam.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula seawal jam 9.30 pagi sehingga jam 6 petang.
Ia terletak di Perdana, Jalan Lembah, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://www.iamm.org.my/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Islamic Arts Museum Malaysia (Google Maps)
4. Aquaria KLCC
(Gambar oleh: Kalina Krivachkova)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Aquaria adalah akuarium gergasi yang menempatkan 5000 pameran hidupan akuatik samada air tawar atau air masin.
Tempat ini berkeluasan 60,000 kaki persegi yang di bina di dalam bangunan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Ini adalah salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur yang sangat sesuai untuk anda bawa anak-anak anda berjalan sambil belajar mengenai hidupan laut, dan semestinya melihat depan mata secara terus.
Tempat ini ada 2 tingkat termasuk terowong bawah air sepanjang 90 meter.
Ia di bahagikan mengikut habitat asal hidupan bermula perjalanan di tanah tinggi, melalui kawasan sungai, menerusi hutan hujan dan hutan paya bakau terus ke kawasan terumbu karang dan lautan dalam.
Anda boleh merancang masa sekurangnya 1 jam setengah untuk berjalan-jalan di tempat ini.
Jika anda datang pada masa yang sesuai, anda boleh menyaksikan aktiviti memberi makan kepada jerung dan ikan yang lain.
Seorang atau dua orang penyelam akan masuk ke dalam akuarium yang besar ini, dan berenang bersama-sama jerung dan ikan gergasi yang ada di sini.
Anda boleh menyaksikan melalui kawasan pemerhati yang punyai cermin yang luas untuk anda lihat dengan jelas.
Namun seperti biasa, jika boleh rancanglah lawatan anda di sini, kerana di waktu cuti umum, atau musim cuti sekolah pastinya tempat ini menjadi sangat sesak kerana ruang yang terhad.
Anda sendiri pasti teruja melihat pelbagai spesis jerung yang berenang berhampiran anda yang hanya di pisahkan dengan sekeping cermin tebal.
Anda juga akan seronok melihat ikna-ikan dan hidupan yang berwarna warni yang hidup dan berenang dengan di sekeliling kawasan akuarium yang sangat besar ini.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula seawal jam 10 pagi sehingga jam 8 malam.
Ia terletak di Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://aquariaklcc.com/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Aquaria KLCC (Google Maps)
5. Central Market Kuala Lumpur
(Gambar oleh: Zoldick Deraka)
Datanglah ke Pasar Seni Kuala Lumpur ini untuk mencari bermacam jenis kraftangan dan seni buatan tangan tradisional seperti batik, cenderamata yang melambangkan budaya dan sejarah Melayu.
Tempat ini di tubuhkan sesuai dengan namanya iaitu untuk pamerkan dan ketengahkan pelbagai adat dan budaya yang ada di Malaysia.
Sesekali pastinya ada persembahan tarian atau budaya mengikut musim perayaan di kawasan ini samada di dalam atau bahagian luar bangunan.
Terdapat juga beberapa gerai makanan dan minuman untuk rasa di dalam bangunan ini dan juga di kawasan sekitar.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula seawal jam 10 pagi sehingga jam 9.30 malam.
Ia terletak di Jalan Hang Kasturi, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://www.centralmarket.com.my/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Central Market Kuala Lumpur (Google Maps)
6. Petrosains Science Discovery Centre
(Gambar oleh: Shahrul Afifi)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Lokasi ini memang di bina khas untuk anak-anak kecil meneroka bidang sains dan rasai keajaibannya.
Jadi ia salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur jika anda bawa anak-anak kecil.
Terdapat pelbagai pameran, aktiviti, alat, peralatan yang interaktif yang boleh di lakukan oleh anak-anak disini.
Tempat ini pastinya tempat terbaik untuk anak anda bermain sambil belajar dalam lawatan anda ke tempat menarik di Kuala Lumpur.
Ia terletak di dalam bangunan kompleks beli belah Suria KLCC.
Anda boleh merancang masa sekurang 3 jam sehingga 4 jam untuk di luangkan bersama anak-anak.
Jangan risau, orang dewasa juga pasti akan berseronok dengan aktiviti di tempat ini, dan lebih menghargai bidang sains dan pelbagai aspek dalam kehidupan kita seharian yang banyak di bolehkan hasil dari penemuan dan kajian dalam bidang sains.
Anda boleh belajar sejarah dinasor, bagaimana terhasilnya minyak petroleum, teknologi di sebalik kereta lumba F1, dan sudah tentu sains yang melibatkan industri petroleum.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula seawal jam 9.30 pagi sehingga jam 5.30 petang.
Namun anda perlu waspada dengan slot masa yang di sediakan.
Ia terletak di KLCC, 4 Suria, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://petrosains.com.my/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Petrosains Science Discovery Centre (Google Maps)
7. KL Forest Eco Park
(Gambar oleh: Chantelle Rabe)
Ini adalah kawasan hutan hujan asal yang di pelihara betul-betul di tengah bandar metropolitan Kuala Lumpur.
Jadi jika anda mahukan sedikit kesegaran udara, dan merehatkan mata dengan melihat kehijauan daunan dan pokok-pokok merimbun, ini adalah tempat yang sesuai untuk anda.
Ia terletak di sebelah Menara Kuala Lumpur.
Sebelum ini ia di kenali sebagai Bukit Nanas.
Ia juga adalah salah satu hutan simpan kekal yang tertua di Malaysia.
Sekarang ia menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong yang datang berkunjung melawat tempat menarik di Kuala Lumpur.
Yang menariknya tentang tempat ini ialah ia punyai beberapa trek hutan dan juga jambatan gantung yang tinggi melalui celahan pokok-pokok yang hidup subur di sini.
Di atas jambatan gantung dan beberapa menara pemerhati, anda dapat lihat dengan lebih jelas kawasan hutan di sekeliling anda dan juga tentunya beberapa bangunan pencakar langit di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula seawal jam 8 pagi sehingga jam 6 petang.
Ia terletak di Lot 240, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://www.menarakl.com.my/attractions/tower-attractions/kl-forest-eco-park
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: KL Forest Eco Park (Google Maps)
8. Menara Kuala Lumpur
(Gambar oleh: Chen Teresa)
Menara Kuala Lumpur memang bangunan ikonik untuk Kuala Lumpur malah Malaysia itu sendiri.
Bangunan ini ialah menara telekomunikasi yang siap di bina pada 1 haribulan Mac pada tahun 1995.
Manakala ia di buka kepada pengunjung awam pada 23 haribulan Julai pada tahun 1996.
Tujuan asal menara ini di bina ialah untuk menambah baik kualiti sistem telekomunikasi dan penghantaran penyiaran.
Di waktu itu, menara ini menunjukkan kepada dunia bahawa negara Malaysia mampu untuk membina bangunan dengan keupayaan berteknologi tinggi.
Selain itu ia menjadi simbol dan mercu tanda Malaysia merupakan destinasi yang hebat untuk pelancong dari dalam negara dan serata dunia.
Ia punyai antena yang tinggi yang buatkan ketinggian keseluruhannya setinggi 421 meter.
Setakat ini, ia adalah menara ke 7 tertinggi di dunia.
Manakala bumbung pod pemerhati berada pada ketinggian 335 meter.
Menara ini punyai lif dan tangga untuk sampai ke puncak.
Yang menariknya, walaupun kawasan pemerhati berada sangat tinggi, dengan menaiki lif, anda boleh sampai ke atas dalam masa 54 saat sahaja!
Pantas kan?
Untuk turun ke bawah pula, hanya 52 saat di perlukan dengan menaiki lif.
Di bahagian atas, anda boleh menikmati makanan di restoran berpusing untuk melihat seluruh kawasan bandaraya Kuala Lumpur.
Ini adalah tempat paling tinggi untuk melihat panorama sekitar bandar Kuala Lumpur yang di buka kepada pengunjung awam.
Menara Kuala Lumpur terletak di atas Bukit Nanas.
Menara Kuala Lumpur ialah satu-satunya menara di dunia yang terletak di tengah-tengah hutan hujan.
Menara ini menawarkan pengalaman menarik kepada anda seperti melihat panorama, menikmati juadah makanan, alam semulajadi, pengembaraan, acara dan membeli belah.
Di sini anda boleh naik ke kawasan pemerhati, menikmati juadah di restoran berpusing, atau mengadakan acara persendirian seperti majlis kahwin, seminar dan sebagainya di dewan yang di sediakan.
Anda juga boleh lawati teater mini, amphiteater, simulasi F1, zoo mini Menara Kuala Lumpur, dan juga Akuarium Blue Coral.
Setiap tahun di sini, akan di adakan acara lumba naik tangga hingga ke puncak menara.
Acara lumba ini di beri nama KL Towerthon dan sudah di adakan sejak tahun 1998.
Peserta perlu mendaki bukit sejauh 800 meter sehingga kawasan lobi, kemudian memanjat 2058 anak tangga untuk sampai ke bahagian atas Menara Kuala Lumpur di kawasan dewan Megaview Banquet Hall.
Sejak di adakan, rekod terpantas bagi rakyat lelaki Malaysia ialah 11 minit dan 56 saat untuk menakluki puncak Menara Kuala Lumpur.
Manakala rekod terpantas untuk wanita rakyat Malaysia ialah sepantas 14 minit dan 51 saat.
Menara ini juga berfungsi sebagai menara pencerap bulan untuk melihat anak bulan yang menunjukkan permulaan bulan Ramadhan, permulaan bulan Syawal, dan juga bulan Zulhijjah untuk menyambut hari Raya Aidiladha.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula seawal jam 9 pagi sehingga jam 10 malam.
Ia terletak di No. 2 Jalan Punchak, Off, Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://www.menarakl.com.my/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Menara Kuala Lumpur (Google Maps)
(Bacaan menarik selanjutnya di sini : Nak dapat tiket kapal terbang PERCUMA? Gunakan BigPay)