Tempat Menarik Di JOHOR

Oh ayuh ayuh lihat tempat menarik di Johor!

Johor Darul Ta'zim atau lebih dikenali sejak kebelakangan ini dengan JDT.

Johor terletak di selatan semenanjung Malaysia.

Selain menjadi tempat persinggahan rakyat Malaysia yang ingin ke Singapura, Johor juga punyai banyak tempat menarik di Johor yang boleh kita pergi.

Jika anda kurang masa untuk baca artikel ini, anda boleh lihat video tempat menarik di Johor 2019 di youtube:

Bangsa Johor..

Budaya Johor banyak dipengaruhi banyak etnik sepanjang sejarah.

Contohnya Arab, Bugis dan Jawa. (Wikipedia)

Jika anda ingin ke Singapura, apa kata singgah dulu melihat tempat-tempat yang best di sekitar Johor.

Ataupun jika anda memang nak singgah ke Singapura, alang-alang lajak lah sikit ke Singapura.

Jika anda peminat sukan bola sepak tanah air, apa kata singgah tengok stadium JDT di Larkin.

Untuk melihat perkembangan terkini di negeri Johor anda boleh lawati laman rasmi kerajaan Johor - https://www.johor.gov.my.

Pastinya ada lagi tempat yang menarik di Johor yang tidak tersenarai di dalam artikel ini, apa kata anda tambah di ruangan komen :)

Johor juga di kenali dengan hutan hujannya dan pantai-pantainya.

Pantau Desaru punyai banyak resort yang boleh di lawati, manakala Taman Negara Endau-Rompin adalah kawasan berbukit yang menjadi tempat pelindungan untuk banyak air terjun dan pelbagai hidupan liar seperti gajah.

Ibu negeri Johor iaitu Johor Bahru, punyai pelbagai sejarah yang boleh di lihat pada binaan Masjid Sultan Abu Bakar Masjid Negeri Johor dan Kuil Kaca Arulmigu Sri Rajakaliamman iaitu kuil Hindu yang bersinar.

Terdapat juga Danga Bay yang popular sebagai taman hiburan untuk sekeluarga.

Satu lagi kawasan bandar ialah kawasan bangunan parlimen Kota Iskandar di bandar terancang Iskandar Puteri yang juga di kenali sebagai kawasan Nusajaya.

Ia di bina pada tahun 2008 dan mengalu-alukan lawatan orang umum.

Bandar terancang ini mengambil inspirasi dari reka bentuk tamadun Islam zaman Maghribi-Andalusia dan juga gabungan reka bentuk Melayu.

Manakala Muar pula adalah bandar pelabuhan yang di kenali dengan kuil-kuil, pasar-pasar, dan gerai makanan ringan.

Aktiviti luar yang boleh di lakukan di sekitar negeri ini termasuklah bermain golf di banyak padang golf umum dan persendirian.

Aktiviti menyelam skuba juga boleh di lakukan di pulau-pulau tropika di kawasan pesisir pantai sebelah timur negeri Johor Darul Ta’zim.

 

Tempat Menarik Di Johor:

  1. Legoland Malaysia

  2. Mount Ophir (Gunung Ledang)

  3. Johor Zoo

  4. Austin Heights Water & Adventure Park

  5. Tanjung Piai National Park (Tanah Penghujung Asia)

  6. Bazaar Karat

  7. Johor Premium Outlets

 

1. Legoland Malaysia

Salah satu monumen mini yang di bina menggunakan Lego di Legoland Malaysia menjadikan ia tempat menarik di Johor yang wajiba anda pergi.

(Gambar oleh: Aashish Gupta)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Memang tak sah kalau tak singgah Legoland lebih-lebih lagi untuk anda yang kenal apa itu Lego.

Tempat ini memang sesuai untuk seisi keluarga kerana terdapat beberapa bahagian taman tema yang anda boleh teroka seperti Taman Tema Permainan, Taman Tema Air, dan Sealife (akuarium gergasi).

Pastinya anda dapat rasai pengalaman berbeza lain daripada yang lain berbanding taman tema yang ada di negara Malaysia ini.

Rasai keseronokan di dunia Lego bersama seluruh keluarga di taman tema antarabangsa yang pertama di negara Malaysia.

Terdapat salah satu taman di tempat ini yang mana banyak mercu tanda dan bangunan di seluruh dunia di bina dengan Lego seperti bangunan KLCC, Taj Mahal dan sebagainya.

Anda juga boleh uji kebolehan anda untuk mereka bentuk dan bina sesuatu dengan Lego di satu tempat khas.

Terdapat juga beberapa roller coster yang unik yang boleh anda cuba bersama anak-anak.

Di hari yang panas, anda boleh terus ke taman tema air untuk mandi manda dan cuba gelongsor yang air yang mengujakan.

Atau anda boleh ke akuarium gergasi yang mempamerkan pelbagai spesis hidupan laut yang unik dan cantik.

Anad boleh alami pengalaman ibarat berjalan di dalam air dengan ikan berenang-renang di sekeliling anda.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh di lakukan yang bersesuaian mengikut peringkat umur.

Jadi ia adalah cara yang best untuk anda menghabiskan masa seharian dengan seronok, pengembaraan, dan kreativiti bersama seluruh ahli keluarga.

Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari seawal 10 pagi sehingga jam 6 petang.

Tetapi pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad tempat ini di tutup lewat sedikit iaitu pada jam 7 petang.
Ia terletak di No 7, Jalan Legoland, Bandar Medini, 79250 Nusajaya, Johor.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://www.legoland.com.my/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Legoland Malaysia (Google Maps)

 

2. Mount Ophir (Gunung Ledang)

Ini ialah satu checkpoint di mana pendaki perlu gunakan bantuan tangga untuk atasi laluan yang sukar di Mount Ophir (Gunung Ledang).

(Gambar oleh: Ronny Obert)

Rakyat Malaysia pasti pernah tahu nama Gunung Ledang kerana ianya sangat popular di ceritakan di dalam cerita hikayat Puteri Gunung Ledang.

Namun sebenarnya tempat ini memang lokasi yang sangat mencabar untuk di daki ke puncak.

Jadi untuk anda yang sukakan cabaran, anda boleh masukkan tempat ini dalam tempat menarik di Johor yang wajib anda lawati.

Ia biasanya di jadikan tempat latihan untuk mendaki gunung yang lebih tinggi.

Ia bukanlah untuk sesiapa yang jarang bersenam, namun sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang sukakan cabaran.

Dan lebih-lebih lagi jika anda tidak punyai banyak masa, atau hanya ada cuti yang singkat, anda boleh cuba menawan puncak Gunung Ledang ini sebab ia boleh dilakukan dalam masa lebih kurang 7-8 jam mendaki dan menurun bergantung kepada kepantasan dan stamina anda.

Di sini anda perlu menggunakan khidmat pemandu/penunjuk jalan.

Dan semestinya tempah lebih awal kerana, kuota untuk pendaki pada satu-satu masa adalah terhad.

Dan seperti biasa, perancangan masa, peralatan, pakaian yang sesuai, air yang cukup, dan paling penting persediaan mental dan fizikal.

Terdapat dua trek yang boleh anda lalui untuk sampai ke puncak iaitu trek Asahan dan trek Sagil.

Jika cuaca baik, dan anda bernasib baik, anda boleh nikmati pemandangan indah di puncak.

Macam orang kata, yang menjadikan ia pengalaman indah bukan sebab puncak gunung itu, tapi kepuasan hati anda sendiri dapat mengharungi cabaran dan dugaan untuk sampai di situ.

Jika ada peluang, sahutlah cabaran ini.

Ia terletak di Batu 26, Jalan Segamat, Sagil, 84020 Tangkak, Johor
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: http://tourism.johor.my/tours/mount-ophir-gunung-ledang/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Mount Ophir - Gunung Ledang (Google Maps)

 

3. Johor Zoo

Anda boleh bawa anak-anak lihat secara dekat haiwan seperti harimau dan anaknya di Johor Zoo dalam lawatan anda ke tempat menarik di Johor.

(Gambar oleh: Siva Piragash)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Zoo Johor terletak berhampiran pusat bandar Johor bahru.

Zoo ini sudah wujud lama, namun masih berdiri teguh hari ini.

Tempat ini sangat sesuai untuk anda lawati bersama anak-anak kecil yang baru nak mengenal haiwan-haiwan.

Zoo ini tidak lah sebesar mana, namun cukup untuk menggembirakan anak-anak kecil.

Dengan harga tiket masuk yang sangat murah, anda mungkin perlu belanja berbelas ringgit sahaja untuk seisi keluarga.

Dengan harga yang murah memang berbaloi untuk anda lawati tempat ini.

Namun tidak boleh di bandingkan dengan zoo negara atau tempat yang lain yang pastinya anda perlu bayar berpuluh kali ganda lebih mahal untuk tiket sahaja, tidak termasuk benda lain lagi.

Tempat ini sudah melalui beberapa fasa tambah baikan sejak kebelakangan ini untuk keselesaan haiwan di sini dan juga pengunjung.

Satu kelemahan yang ketara di sini ialah, tiada tempat parking kereta yang khas untuk pengunjung, oleh itu anda terpaksa parking kenderaan anda di tepi jalan di luar pagar zoo.

Terkini, terdapat pelbagai spesis haiwan malah, haiwan yang besar seperti harimau, singa, gajah, dan beruang memang ada di sini.

Malah, terdapat 2 ekor anak harimau yang baru di lahirkan pada tahun 2019 ini.

Tempat in iagak kurang sesuai untuk orang kelainan upaya yang berkerusi roda kerana kebanyakan tempat perlu naik tangga dan agak berbukit.

Terdapat kemudahan yang baik seperti taman permainan untuk kanak-kanak, gerai-gerai makanan dan minuman yang boleh anda singgah untuk hilangkan dahaga dan mengisi perut dengan makanan ringan.

Juga terdapat beberapa pondok dan tempat duduk untuk anda berehat dan bersanti-santai sementara menunggu anak-anak anda yang teruja melihat haiwan-haiwan yang ada di sini.

Terdapat juga kawasan burung, kolam badak air, kolam buaya, sangkar ular, sangkar monyet, kawasan padang gajah, padang unta, kawasan beruang, kawasan singa, tapir, rusa, kancil dan sebagainya.

Ada juga kawasan padang rumput yang menempatkan spesis lembu yang besar, tetapi buat masa ini sedang dalam proses tambah baik.

Di sini juga ada kawasan kolam, di mana anda boleh menyewa bot yang boleh anda kayuh menggunakan kaki.

Saya boleh jamin anak-anak anda pasti berpuas hati bila melawat kawasan ini.

Jadi sangat berbaloi untuk anda lawati salah satu tempat menarik di Johor ini.

Sedikit tips, seperti biasa, cuba elakkan melawat tempat seperti ini di hujung minggu, lebih-lebih lagi pada cuti sekolah, pasti sangat sesak dengan pengunjung yang lain.

Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula seawal jam 9 pagi sehingga jam 6 petang.
Ia terletak di Jalan Gertak Merah, Taman Istana, 80000 Johor Bahru, Johor.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: http://tourism.johor.my/tours/zoo-johor/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Johor Zoo (Google Maps)

 

4. Austin Heights Water & Adventure Park

Ini ialah pintu masuk ke Austin Heights Water & Adventure Park.

(Gambar oleh: Norazwinah Azreen Hussin)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Tempat ini tidaklah se-popular Legoland, namun ia adalah tempat yang menarik di Johor yang boleh anda cuba jika anda ingin sedikit pengalaman berbeza.

Tempat ini menjanjikan anda pengalaman mandi kolam dan aktiviti yang mencabar yang terbaik di Johor Bahru.

Tempat ini sangat sesuai untuk di kunjungi lebih-lebih lagi di waktu cuaca panas terik.

Jadi anda boleh nikmati pelbagai gelongsor air, dan aktiviti luar.

Terdapat banyak aktiviti yang di reka mengikut had umur dan kemampuan individu.

Terdapat beberapa permainan seperti Splash World, Supersurf, Rainbow Hood, G-Force Alley, dan lain-lain lagi yang best.

Apabila anda sudah cuba permainan di taman tema air, anda boleh pula cuba aktiviti di taman cabaran.

Antara aktiviti yang ada ialah aktiviti sensasi seperti berjalan di atas Zip line & Super Zip line dan melakukan Lintasan Terowong.

Atau anda boleh cuba melompat dengan tinggi dengan pelbagai gaya akrobatik di taman trampolin gergasi iaitu Jump Street.

Jangan lepaskan peluang ini jika anda di Johor Bahru.

Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari seawal jam 10 pagi sehingga jam 6 petang.
Ia terletak di 71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://www.funtime.my/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Austin Heights Water & Adventure Park (Google Maps)

 

 

5. Tanjung Piai National Park (Tanah Penghujung Asia)

Jika anda berdiri di binaan yang kelihatan seperti glob ini, anda secara rasminya berada di Tanjung Piai National Park (Tanah Penghujung Asia) yang pastinya unik dalam lawatan anda di tempat menarik di Johor.

(Gambar oleh: Takumi Y)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Lokasi ini menjadi salah satu tempat menarik di Johor sebab keistimewaannya dari sudut geografi, lokasi ini ialah tanah darat yang paling hujung pada benua Asia.

Maknanya sebesar-besar tanah besar benua Asia, lokasi yang paling hujung sekali di selatan adalah Tanjung Piai.

Ia juga adalah salah satu dari lokasi di mana anda boleh lihat 2 negara jiran (Indonesia dan Singapura) secara serentak.

Taman Negara Tanjung Piai di perkenalkan untuk melindungi dan pelihara serta pulihara kawasan yang bermakna ini.

Lebih-lebih lagi untuk lindungi kawasan paya bakau dan kawasan tanah lumpur di sepanjang perairan di sini.

Ini penting kerana kawasan ini punyai fungsi penting dalam ekosistem di sini.

Pada tahun 2003, Taman Negara Tanjung Piai telah di iktiraf sebagai kawasan tanah basah yang punyai kepentingan dalam dunia oleh organisasi yang punyai kredibiliti dalam hal ini iaitu Konvensyen Ramsar.

Sejak penubuhan taman ini, terdapat beberapa isu kritikal yang perlu di atasi untuk lindungi hutan paya bakau di mana ia telah hadapi masalah hakisan teruk di sebabkan oleh ombak kuat hasil ribuan kapal tangki yang berlayar di kawasan ini saban tahun.

Selain itu, berlaku juga pencemaran tumpahan minyak dan sebagainya.

Sebagai solusi, pemasangan benteng pemecah ombak di luar pesisir pantai telah di jalankan.

Dan juga hasil penanaman semula pohon kayu bakau yang giat, taman ini hidup semula dan masalah berjaya di atasi.

Kini kawasan yang terhakis teruk sudah pulih, maka taman ini dalam keadaan yang terbaik sejak sekian lama, dan sudah di diami dengan pokok kayu bakau yang sihat dan semakin bertambah setiap masa.

Walaupun Taman Negara Tanjung Piai adalah taman negara yang terkecil di antara 5 taman negara yang ada di negeri Johor, dengan keluasan 325 hektar, namun ia adalah taman negara yang paling banyak di lawati di negeri Johor Darul Ta’zim.

Ia sememangnya lokasi yang bagus untuk anda meluangkan masa anda bersama keluarga seharian dengan menghayati keindahan dan keajaiban alam semulajadi.

Nikmati pemandangan yang baik di waktu cuaca baik, dan hargai bagaimana alam punyai fungsi yang penting dan positif kepada kebaikan hidup manusia.

Taman ini punyai kemudahan awam yang baik untuk pelawat.

Ini termasuklah laluan kayu pejalan kaki sepanjang 1.2 kilometer yang di bina di sekitar kawasan hutan paya bakau sepanjang.

Selain itu, terdapat galeri informasi dan juga menara pemerhati yang tinggi untuk melihat dengan lebih jelas kawasan sekeliling hutan paya bakau ini.

Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari seawal 8 pagi sehingga jam 5 petang.

Tetapi pada hari Sabtu dan Ahad tempat ini di tutup lewat sedikit iaitu pada jam 6 petang.
Ia terletak di daerah Pontian, Johor.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: http://www.johornationalparks.gov.my/v3/ms/tanjung-piai/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Tanjung Piai National Park - Tanah Penghujung Asia (Google Maps)

 

6. Bazaar Karat

Ini ialah papan tanda Bazaar Karat yang di hiasi lampu  warna warni di sekeliling.

(Gambar oleh: Anizan Shukori)

Bazaar Karat atau lebih di kenali sebagai Pasar Karat Johor Bahru adalah antara lokasi popular untuk penduduk sekitar kawasan ini dan juga pelancong luar negeri.

Tempat ini mendapat nama dari aktiviti perniagaan asalnya yang lebih fokus kepada barangan antik, dan barangan terpakai.

Namun sekarang sudah terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barangan terpakai dan juga baru.

Ia popular kerana ia sangat ‘hidup’ dengan gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan, makanan, pakaian, barangan rumah.

Ia juga meriah dengan persembahan muzik dari beberapa pemuzik jalanan yang menghiburkan pelawat-pelawat yang datang berkunjung di hujung minggu.

Jika anda punyai masa lebih, anda bolehlah bersiar-siar di tempat ini untuk melihat suasana malam di sini.

Selepas itu anda mungkin boleh singgah mana-mana kedai kafe yang banyak di buka berhampiran Bazar Karat tanpa perlu menaiki kenderaan, cuku sekadar berjalan kaki.

Namun, tempat ini boleh jadi sangat sesak di hujung bulan atau awal bulan, maka agak sukar untuk anda dapatkan tempat parking kenderaan yang sesuai.

Rancanglah perjalanan anda.

Ia terletak di 26, 20, Jalan Segget, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: http://tourism.johor.my/tours/bazaar-karat-johor-bahru/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Bazaar Karat (Google Maps)

 

7. Johor Premium Outlets

Lawatan anda ke tempat menarik di Johor pastinya tidak lengkap jika tak singgah di Johor Premium Outlets yang mana berkonsepkan kompleks beli belah terbuka seperti dalam gambar.

(Gambar oleh: Affendy Fendy)
Lihat lebih banyak gambar di sini.

Johor Premium Outlets ialah kompleks beli belah terbuka di Indahpura, daerah Kulai di Johor Bahru.

Ia adalah outlet jenama mewah yang pertama di Asia Tenggara.

Jika anda memang kaki shopping, anda pasti tak jumpa jalan keluar pada musim jualan murah berdekatan Tahun Baru Cina.

Kawasan ini di reka dengan baik, jadi anda mungkin tidak perlu risaukan sangat soal kesesakan di musim jualan murah.

Namun, pada hari biasa juga anda masih boleh dapatkan harga yang berpatutan jika anda bernasib baik di Johor Premium Outlets ini.

Apa lagi yang penting selain harga murah untuk barangan berjenama original kan?

Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari seawal 10 pagi sehingga jam 10 malam.
Ia terletak di Jalan Premium Outlets Indahpura, 81000 Kulai, Johor.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://www.premiumoutlets.com.my/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Johor Premium Outlets (Google Maps)

 

(Bacaan menarik selanjutnya di sini : Nak dapat tiket kapal terbang PERCUMA? Gunakan BigPay)