Tempat Menarik Di CAMERON HIGHLANDS
Sejuk brrr tengok tempat menarik di Cameron Highlands!
Cameron Highlands memang tak asing lagi untuk rakyat Malaysia, and tempat menarik di Cameron Highlands memang jadi lokasi pilihan jalan-jalan setiap kali cuti sekolah.
Pastinya, kesesakan yang teruk juga berlaku sewaktu cuti sekolah.
Jadi rancanglah perjalanan, elakkkan percutian yang diidamkan, bertukar menjadi mimpi ngeri.
Lebih-lebih lagi jika anda punyai anak-anak kecil yang comel, yang boleh bertukar kurang comel bila meragam.
Apapun anda boleh baca tempat menarik di Cameron Highlands di dalam artikel ini, atau jika anda kesuntukan masa boleh lihat video tempat menarik di Cameron Highlands 2019 di youtube:
Kenapa ke sini?
Tidak sia-sia untuk lawati dan lihat tempat menarik di Cameron Highlands ini.
Lokasinya yang tidak terlalu jauh dari bandar utama seperti Kuala Lumpur menjadikan ia tempat yang menarik untuk dilawati untuk menarik untuk lihat kehijauan alam, dan kesegaran udara di tanah tinggi.
Tak peliklah jika udaranya sejuk dan segar kerana ia terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut. (Wikipedia)
Anda juga boleh ke laman rasmi negeri Pahang sebagai rujukan jika anda ingin ke tempat menarik di Cameron Highlands.
Cameron Highlands atau lebih di kenali sebagai Tanah Tinggi Cameron adalah salah satu daripada lokasi pelancongan yang tertua di Malaysia.
Ia adalah sebuah daerah di negeri Pahang yang berkongsi sempadan dengan negeri Kelantan di bahagian utara, dan bersempadan dengan negeri Perak di bahagian barat.
Lokasi Cameron Highlands sangat strategik kerana ia terletak lebih kurang 90 kilometer dari Ipoh, lebih kurang 200 kilometer dari Kuala Lumpur dan lebih kurang 355 kilometer dari ibu negeri Pahang iaitu Kuantan.
Tanah kawasan ini di temui dan di teroka oleh seorang geologi yang bernama William Gordon Cameron pada sejak tahun 1885 lagi.
Terdapat 8 kawasan kecil yang membentuk Cameron Highlands iaitu Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, Lembah Bertam, Ladang Kea, Tringkap, Kuala Terla, Kampung Raja dan Lembah Biru.
Kesemua kawasan ini terletak pada ketinggian paling rendah pada 800 meter dari aras laut, dan paling tinggi pada 1,603 meter dari aras laut.
Cameron Highlands mula di bangunkan bermula tahun 1930-an dan di kenali dengan ladang the, cuaca yang sejuk, ladang-ladang buah dan bunga, air terjun, sungai, tasik, hidupan liar, mossy forest, padang golf, muzium, dan penduduk asal Orang Asli.
Suhu purata tahunan di Cameron Highlands ialah sekitar 18 darjah Celcius, dan suhu terendah yang pernah di rekodkan di sini ialah 7.8 darjah Celcius pada ketinggian 1,471 meter dari paras laut.
Suhu ini di catatkan pada tarikh 1 February tahun 1978.
Dan lokasi Cameron Highlands adalah tempat tertinggi di Malaysia yang boleh di capai dengan kereta biasa melalui jalan bertar.
Tempat Menarik Di Cameron Highlands:
1. Big Red Strawberry Farm
2. Brinchang Night Market
3. Rose Valley
4. Cameron Lavender
5. Mossy Forest (Gunung Irau)
6. Agro-Technology Park Mardi
7. Sam Poh Temple
8. Time Tunnel Museum
9. Cameron Bharat Tea Estate
10. Kea Farm Market
1. Big Red Strawberry Farm
(Gambar oleh: Nurma Ziela)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Anda boleh rasai pengalaman memetik buah strawberi di sini bersama keluarga.
Namun bukan sekadar strawberi, di sini juga terdapat pelbagai jenis pokok kaktus, sayuran, dan bungaan.
Yang bestnya tempat ini tidak di kenakan bayaran untuk masuk, dan parking adalah percuma.
Tetapi anda akan di kenakan bayaran untuk memetik buah strawberi.
Buah strawberi di sini di besarkan secara hydoponik, bermaksud ia tidak di tanam pada tanah.
Terdapat juga kafe dan kedai cenderamata untuk anda lihat atau beli untuk pulang.
Pastinya memang banyak sudut yang boleh anda ambil peluang untuk bergambar kenangan.
Sebagai peringatan, untuk ke lokasi ini anda perlu lalui jalan bukit yang agak curam jadi hanya sesuai untuk kenderaan yang dalam kondisi yang terbaik.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula seawal jam 8 pagi hingga jam 6 petang, kecuali hari Ahad di buka lewat sedikit iaitu pada jam 9 pagi.
Ia terletak di Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang.
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Big Red Strawberry Farm (Google Maps)
2. Brinchang Night Market
(Gambar oleh: Walter Lin)
Setelah seharian berjalan-jalan apa kata singgah ke pasar malam yang terletak di Brinchang ini.
Memang terdapat pelbagai makanan dan minuman juga cenderamata yang murah-murah.
Anda juga boleh dapatkan sayuran segar, dan buahan segar yang lebih murah di sini walaupun mungkin pasar ini agak sesak.
Walaupun mungkin kelihatan biasa, tapi pastinya anda nak rasa pengalaman makan makanan panas-panas di dalam cuaca sejuk.
Nikmatnya lain macam.
Kalau tak percaya cubalah dulu.
Anda pasti terkejut walaupun pernah makan makanan yang serupa di tempat lain.
Waktu lawatan yang sesuai ialah pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja bermula jam 4 petang sehingga 11 malam kecuali pada cuti sekolah ia akan di buka setiap hari.
Ia terletak di Jalan Sungai Ruil, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang.
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Brinchang Night Market (Google Maps)
3. Rose Valley
(Gambar oleh: K Manoham)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Tempat ini memang khas untuk sesiapa sahaja yang sangat minat kepada bunga ros.
Kalau anda tidak minat bunga ros, tempat ini memang bukan untuk anda sebab tiada benda lain di sini selain bunga ros yang berwarna warni.
Sebab itu lah tempat ini di namakan Rose Valley.
Pasti anda tidak sedar masa yang berlalu bila menikmati keindahan bunga-bunga ros yang ada di sini.
Dengan bau yang wangi, udara yang segar, anda pasti terbayang-bayang suasana di sini walaupun sudah kembali ke rumah.
Tahukah anda terdapat lebih kurang 300 spesis asal bunga ros, dan beribu-ribu spesis kacukan bunga ros di seluruh dunia.
Kebanyakan spesis bunga ros adalah berasal dari benua Asia.
Namun ada yang berasal dari Eropah, Amerika Utara dan kawasan Barat Laut di benua Afrika.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula seawal jam 8 pagi hingga jam 6 petang.
Ia terletak di Tanah Rata.
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Rose Valley (Google Maps)
4. Cameron Lavender
(Gambar oleh: Seri A.H)
Lagi satu tempat menarik di Cameron Highlands yang khas untuk sesiapa sahaja yang sangat sukan bunga lebih-lebih lagi bunga lavender.
Di sini bukan sahaja ada bunga lavender, tapi banyak lagi jenis bunga lain yang berbau wangi dan berwarna warni seperti bunga tehh, bunga lili, bunga matahari, lavender Taiwan, buah strawberi dan sebagainya.
Kawasan ini di reka bentuk dengan baik, jadi anda boleh berjalan-jalan dengan rileks dan santai.
Sambi-sambil berjalan-jalan anda boleh berehat sebentar untuk minum air tehh atau kopi panas, yang sangat best diminum dalam cuaca sejuk.
Di sini juga ada kedai cenderamata untuk anda lihat dan jika berminat boleh beli untuk di bawa balik pulang sebagai kenangan atau boleh juga di beli untuk ahli keluarga dan kawan-kawan yang tidak sempat datang ke sini.
Anda mungkin perlukan separuh hari atau sehari suntuk untuk meneroka ladang ini, jika anda betul-betul teringin dan mahu menghayati dan menghargai setiap saat dan detik keindahan dan kecantikan bunga-bunga di sini dan juga kesegaran udara di tanah tinggi di kelilingi pemandangan terbaik.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini jika anda minat bunga dan alam semulajadi.
Juga jangan lupa untuk ambil gambar bunga dan pemandangan yang ada di sini untuk kenangan.
Anda mungkin boleh lihat gambar-gambar yang anda ambil di sini dan kenangkan kesegaran suasana untuk menenangkan jiwa dan fikiran.
Atau untuk tontonan keluarga dan rakan di media sosial.
Ia terletak di Brinchang.
5. Mossy Forest (Gunung Irau)
(Gambar oleh: José Esteves)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Mossy Forest atau hutan lumut adalah gelaran yang di berikan kepada Gunung Irau di sini kerana suasana sekeliling yang berlumut.
Anda bakal ketinggalan satu pengalaman unik jika tidak ke tempat menarik di Cameron Highlands ini.
Hal ini kerana pada ketinggian ini, kawasan hutan adalah berbeza dari segi jenis pokok dan hidupan liar berbanding hutan di tanah rendah.
Jadi ia adalah pengalaman yang unik dan juga boleh jadi pengalaman yang agak seram bagi anda yang pertama kali berkunjung ke lokasi ini kerana suasana sekeliling yang kelam, lembab, dan berkabus.
Suasana di sini memang sejuk, berkabus, dan basah di mana-mana sahaja, jadi anda di nasihatkan untuk memakai pakaian jaket dan topi lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak kecil.
Sebagai tips, anda di nasihatkan untuk pergi awal sekitar 7 pagi kerana biasanya orang ramai akan mula datang di sini sekitar jam 8 pagi.
Lebih-lebih lagi di musim cuti umum dan cuti sekolah, pastinya sesak sebab jalan ke lokasi ini agak sempit dan berlubang-lubang.
Jadi kalau anda bertolak seperti orang lain, anda mungkin tersangkut dalam kesesakan berjam-jam lamanya sebelum sampai ke lokasi.
Terdapat banyak trek dan cara untuk sampai ke lokasi ini, samada menaiki kenderaan atau berjalan kaki.
Biasanya jika anda bersama keluarga anda boleh ke tempat pemerhati yang lengkap dengan lantai dan tangga kayu.
Jika anda pendaki gunung tegar yang mahu ke puncak, anda perlukan 3 hingga 4 jam untuk sampai ke puncak dari kaki gunung.
Puncak Gunung Irau berada pada ketinggian 2110 meter dari aras laut, dan ia adalah gunung ke-15 tertinggi di Malaysia.
Anda boleh lihat laman di sini untuk maklumat lanjut: https://hikingmalaysia.com/index.php/stories/item/304-gunung-irau
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Mossy Forest - Gunung Irau (Google Maps)
6. Agro-Technology Park MARDI
(Gambar oleh: CKF 18)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Salah satu tempat menarik di Cameron Highlands ini terletak di Tanah Rata.
Anda boleh jangka untuk meluangkan masa sekurang-kurangnya 1 jam untuk berjalan-jalan di tempat ini.
Terdapat pelbagai bunga dan pokok yang di pamerkan di sini.
Pastinya ada banyak peluang untuk anda ambil gambar.
Landskap yang sedikit berbukit di sini agak cantik dan menarik untuk anda berjalan-jalan bersenam di waktu pagi.
Di sini juga terdapat kawasan bermain bersama arnab, jadi anda boleh beri peluang kepada anak-anak untuk bermain dengan arnab dengan sedikit bayaran masuk.
Berdekatan kawasan ini juga terdapat beberapa kedai makan untuk anda and ahli keluarga mencari sarapan pagi.
Jika anda berkesempatan, bolehlah cuba aiskrim strawberi yang di jual di sini.
Taman agroteknologi ini terbahagi kepada 6 kawasan utama seperti, English Garden, Herb Garden, Orchid Garden, Rose Garden, pusat kajian dan pusat informasi.
Taman ini adalah rumah kepada lebih kurang 40 jenis bunga ros, 10 jenis strawberi, 100 jenis buah limau, 4 jenis buah epal, buah pear dan sebagainya.
Taman ini berkeluasan 42 hektar dan di buka sejak tahun 2014.
Lokasi ini menerima lebih kurang 100,000 pengunjung setiap tahun.
Taman ini asalnya adalah tempat penyelidikan MARDI sejak lebih kurang 22 tahun lalu setelah di beri kuasa ambil alih daripada British yang membuka pusat penyelidikan di sini sejak tahun 1926.
Kini ia di jadikan Taman Agro-Teknologi yang di buka untuk lawatan umum.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula 8 pagi hingga 5 petang.
Namun pada hari Jumaat ia akan di tutup untuk solat Jumaat pada 12.30 hingga 2.30 petang.
Ia terletak di JKR266, Jalan Persiaran Endah, Tanah Rata, Pahang, 39000 Tanah Rata.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: http://agromedia.mardi.gov.my/tourismch2006/geographical.htm
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Agro-Technology Park Mardi (Google Maps)
7. Sam Poh Temple
(Gambar oleh: Koen Vanhollebeke)
Jika anda penganut Buddha, anda pasti berminat untuk melawat tokong lama ini.
Ia masih lagi di gunakan seperti biasa dan di pelihara dengan baik sejak pembinaannya pada tahun 1972.
Tokong ini ialah yang ke-4 terbesar di Malaysia.
Jika pun anda bukan penganut Buddha, anda mungkin berminat datang ke sini kerana ia terletak tinggi di atas bukit yang punyai pandangan jelas ke Pekan Brinchang.
Jadi anda boleh lihat pemandangan cantik kawasan berhampiran dan bukit-bukit di kawasan sekeliling Brinchang.
Jika anda ingin masuk ke tokong ini, jangan lupa untuk tinggalkan kasut anda di luar, namun kekalkan stokin anda kerana lantai bangunan ini agak sejuk jika tidak pakai stokin.
Tokong ini mudah di kenali dengan warna dindingnya yang kuning terang.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari bermula 7 pagi hingga 7 petang.
Ia terletak di Jalan Pecah Batu, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang.
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Sam Poh Temple (Google Maps)
8. Time Tunnel Museum
(Gambar oleh: Olats Olats)
Muzium ini ialah muzium memoribilia yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Lawatan di salah satu tempat menarik di Cameron Highlands ini akan bawa anda ke zaman dulu di waktu sebelum zaman perang di Malaysia.
Terdapat lebih kurang 4000 barangan dan gambar yang di pamerkan di sini.
Barangan ini di pamerkan dalam 8 galeri yang punyai jumlah keluasan 14,000 kaki persegi.
Anda bebas untuk mengambil gambar barangan-barangan antik di muzium ini untuk kenangan.
Muzium in imula di buka pada umum bermula bulan Januari pada tahun 2007.
Lokasinya di bilik bawah tanah Ladang Strawberi Kok Lim.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari seawal jam 9 pagi sehingga jam 6 petang.
Ia terletak di Brinchang.
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Time Tunnel Museum (Google Maps)
9. Cameron Bharat Tea Estate
(Gambar oleh: Jordan Viknes)
Lihat lebih banyak gambar di sini.
Lokasi ini sempurna untuk sesiapa sahaja yang gemarkan tehh atau ingin tahu asal usul tehh.
Ladang ini terletak di jalan utama menghala ke Tanah Rata atau daripada Ringlet.
Ia punyai pemandangan yang hebat ke seluruh ladang tehh.
Keluarga yang berasal Uttar Pradesh India telah mengasaskan syarikat Bharat sejak tahun 1933 lagi.
Hari ini, syarikat ini termasuk 8 anak syarikat yang lain.
Ia adalah syarikat kedua terbesar di Malaysia yang menghasilkan tehh Lembah Cameron yang sinonim dengan keenakan tehh dari tanah tinggi.
Bila anda melawat di sini, anda akan di beri panduan berbentuk persembahan info dalam bentuk audio dan video yang membantu anda lebih faham dengan mendalam tentang perjalanan dan proses menghasilkan secawan air tehh yang enak.
Waktu lawatan yang sesuai ialah setiap hari seawal jam 8.30 pagi sehingga jam 6 petang.
Namun tempat ini di buka awal sedikit dan di tutup lewat sedikit pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad iaitu buka bermula jam 8 pagi dan tutup sekitar jam 7 petang.
Ia terletak di 15-16, Jalan Besar, Cameron Highlands, Pahang, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang.
Anda boleh lihat laman rasmi di sini untuk maklumat lanjut yang terkini dan sebagainya: https://www.bharattea.com.my/
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Cameron Bharat Tea Estate (Google Maps)
10. Kea Farm Market
(Gambar oleh: Feezleen Atiqah)
Ini adalah pasar pagi atau pasar tani di Cameron Highlands.
Memang sesuai sangat untuk melengkapkan lawatan anda ke tempat menarik di Cameron Highlands kerana anda boleh mendapatkan sayuran dan buahan segar.
Bukan itu sahaja, apa sahaja tanaman lebih-lebih lagi yang biasa di jumpai di tanah tinggi seperti buah strawberi atau buah epal segar pasti menggugat nafsu membeli anda.
Ataupun mungkin anda mahu membeli pokok kaktus untuk di besarkan di celahan koleksi pasu bunga di rumah anda.
Selain itu, terdapat juga cenderamata seperti keychain dan baju T yang sangat sesuai untuk anda beli sebelum pulang ke rumah.
Ia terletak di Medan Argo, Kea Farm, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang.
Sila lihat di sini untuk review terbaru dari pengunjung: Apa kata pelawat?
Ikuti petunjuk ke lokasi dengan klik di sini: Kea Farm Market (Google Maps)
(Bacaan menarik selanjutnya di sini : Nak dapat tiket kapal terbang PERCUMA? Gunakan BigPay)